Blog Kumbang Api
Blog Kumbang-Kumbang Bertenggek Riang
Blog Kumbang-Kumbang Bertenggek Riang
May 8th
Affan terbaring keletihan setelah seharian membanting tulang di acara petang tadi. Terbaring dengan bernafas keras, mengamit segala oksigen yang tersisa untuk terus masuk memenuhi ruang rongga paru-parunya. Matanya memandang letih ke arah siling bilik, sambil rambut panjang melepasi bahunya sekali-sekala menyapa lembut pipinya.
Di kepalanya kini ligat berputar kejadian yang berlaku lewat petang tadi. Siapakah si gadis itu yang berjaya menggamit perhatian Affan. Gerak langkah lincah dan ceria serta senyuman manis si gadis tetap segar dalam ingatan, tak lupa juga matanya yang cantik. Umpama biadadari turun dari kanyangan bermain-main di anak air, tingkah fikirannya.
Petang itu….
Di sebalik keriuhan dan kemeriahan Pasar Buku ini, mata Affan ligat memerhati kelakuan orang ramai, lebih-lebih lagi pada gadis yang berkeliaran di sekitar, “ramai juga gadis cun kali ini” getus hatinya. Setiap tingkah laku orang diperhatikan, dah memang jadi tabiat sejak dulu lagi gemar memerhati dan menganalisa setiap individu yang ada, katanya “human observation”.
Dalam memerhati tu, mata Affan terpaut pada si gadis yang rancak berbual bersama rakan-rakanya. Tak tahu apa yang menariknya tentang si gadis itu, mata si affan terus menerus memerhati gerak langkah si gadis itu semuanya terpahat kuat dalam ingatannya. Pertama kali terlihat kelibatnya, Affan sudah tertawan dengan gadis itu, matanya yang ayu, senyumannya yang manis bak madu, hilai gelak tawanya yang comel, menepati kriteria gadis impian Affan.
Affan makin lama makin asyik memerhati, tak disedarinya kawan si gadis itu terlihat perbuatannya itu yang memerhati seumapama musang kelaparan. Leka, asyik dan alpa. “Hoi….tak pernah tengok perempuan ke? Tengok macam nak makan orang je….” Jerit kawan si gadis itu tiba-tiba. Tersentak Affan mendengar jeritan kawan si gadis tu lalu terus menukar pandanganya kea rah lain dan berlakon seolah-olah tiada apa yang berlaku. Sempat di kerlingnya pada si gadis itu, dilihatnya kawan si gadis tu terkumat-kamit memberitahu sesuatu pada si gadis itu.
“Huh, mengumpat aku lah tu…” kumam kecil Affan apabila melihat situasi itu. Taklama kemudian Affan melihat si gadis itu bangun beredar meninggalkan tempat itu bersama kawannya. “Melepas aku nak berkenalan dengan gadis cun tu…”bentak Affan. Tiba-tiba Affan terlihat ada sesuatu tertinggal di tempat si gadis dan kawannya duduk tadi, “Handphone gadis itu tertinggal nampaknya,ini peluang aku ni..” bisik Affan sendirian dan terus mengambil telefon tangan tersebut.
Apr 23rd
Gambar sekadar hiasan.
“Tipulah kalau aku cakap aku tak pernah rasa cemburu…. aku cemburu dengan semua orang, yang aku nampak semua orang ada yang aku nak, semua orang dpt apa yang aku impikan, tapi aku??? walau macamana sekali pon aku berusaha, masih tak dapat jugak!!!!” bentak Affan.
“Itu apa yang kau nampak, kau tak fikir apa yang kau tak nampak? berapa lama mereka semua tu berusaha untuk dapat apa yangdiorg impikan? dan perkara yang kau benci tu, kau ingat itu impian mereka?kau ingat itu yang mereka nak? mana kau tau apa yang kau ada tu bukan apa yang mereka nak?”
“…bezanya kau dengan mereka satu je, mereka tak merungut, mereka tetap berusaha walau mungkin sampai mati pon mereka tak dapat capai apa mereka impikan, sebab mereka tau disamping nak mencapai impian mereka secara tak langsung mereka telah gapai beberapa kejayaan, dan mereka bersyukur dengan itu” terang Boja dengan tenang.
Terdiam Affan memikirkan jawapan si Boja, tak di sangka panjang lebar pulak jawabnya si Boja, bukannya mau mengiyakan luahan perasaaan dia, bahkan di patahkan terus. Lain di harapkan, lain pulak dapatnya, ingatkan Boja akan menyokong apa yang dikatakan tapi salah rupanya. Si Boja ada pandangannya tersendiri yang memang bervisi dan benar semuanya.
Affan berdiam diri sambil menguis-nguis pasir dengan ranting kayu, entah apa yang dilakarkan dia sendiri pon tak pasti. Kepala fikirannya ligat berfikir, tentang apa yang diluahkan dan tentang apa yang Boja katakan. Mencari jawapan untuk membalas kata si Boja, bukan mudah sebab apa yang dikatakan Boja benar belaka.
“Aku bukan apa fan, aku paham perasaan kau, aku paham marah kau, tapi kalau kau fikir-fikir betul-betul, kepada siapa kau marah tu?… berdosa tau fan…” suara Boja memecah kesunyian.
“Setiap apa yang kita capai atau tak sekarang ni semuanya ditentukan olehNya, setiap perkara yang berlaku tu pasti ada hikmah, tu yang kita kena percaya..” suara lembut Boja memujuk hati panas Affan.
“Iyalah Boja, aku paham, aku tau, tadi aku tengah marah…sekadar nak lepaskan perasaan je, takda maksud pon kata-kata aku tadi…” Affan mengalah.
“Jomlah kita pergi, karang kena marah pulak kita kalau lambat nanti, kau taulah Si Bulan dengan Si Kasut Biru tu bukan boleh tahan menunggu kita lama-lama” kata si Boja sambil tergelak kecil.
Dialog pasal cemburu terhenti disini, tapi ianya takkan berakhir disini sahaja.
Apr 5th

30mac2012
Si Lelaki Fantasi sejak awal paginya sudah berfantasi tentang meriahnya esok hari Pasar Buku Boco! #5 wah….ramai betul yang datang. Yang paling best bila the whole #GBSquad team ada, ye lah manalah dapat lawan bestnya bila semua famili member dapat berjumpa dan berbual mesra.
Semua yang hadir rata-rata amat gembira dengan pelbagai buku-buku yang rare, unik dan lain daripada pasaran tempatan. Tapi yang sebenarnya paling gembira adalah Si Lelaki Fantasi ini sendiri kerana inilah peluangnya mencari jodoh katanya. Bak #KataOrang , jodoh ni memang dah ditetapkan olehnya, tapi kenalah berusaha takkan nk kena tunggu jodoh tu jatuh sendiri ke riba.
Setiap gadis-gadis comel yang keluar masuk dalam Pasar Boco ini diperhatikan dengan penuh minat tapi berhati-hati, takut yang diusha tu datang dengan pasangan hatinya mau lebam biji mata.
Tiba-tiba pandangan mata Si Lelaki Fantasi tertaut pada seraut wajah……
Segala penat lelah sepanjang malam mengatur kerusi meja merencana perjalanan terubat apabila terpandang wajah itu. Si Kasut Biru tiba, walaupun agak lewat, bersama-sama kawan-kawannya (harap-harapnyalah). Si Kasut Biru sungguh indah hari ini, tapi, Si Lelaki Fantasi tak mampu berkata lebih dari ucapan “Hai..”. Hanya mampu memerhatikan Si Kasut Biru dari jauh, cuba menghadam imej ayunya berbaju hijau supaya terpahat kuat dalam ingatan. Seharian Si Lelaki Fantasi hanya memerhati dari jauh, berfantasi sendiri dalam fikirannya …
Mar 29th
Siapa Si Lelaki Fantasi…
Si Lelaki Fantasi ini adalah seorang lelaki awal 20-an. Beliau bertubuh gempal, tetapi memiliki ketinggian yg agak tinggi, berwajah dari kalangan sederhana cuma ada secalit kelainan sedikit di bahagian mata.
Secara peribadinya Si Lelaki Fantasi ini tidaklah mempunyai sebarang kelebihan dalam apa jua bidang. Ditolak kelebihan yang berlebihan ialah tubuhnya yang sedikit gempal, dan mata yang sepet lagak apek si penjual ikan. Tutur katanya juga dengan orang-orang yang baru dikenali juga gagap-gagap lakunya. Apatah lagi dengan gadis-gadis cantik molek, sudah tentu terkunci bibir bak si bisu yang terdegup-degup jantungnya kencang. Mampunya hanya memerhati dari jauh, memuji kecantikan gadis-gadis dari jarak jauh, bila ditegur gadis cun, mulalah berpeluh-peluh diri menahan rasa malu. Ceh! pemalu rupanya Si Lelaki Fantasi ni.
Kekuatan Si Lelaki Fantasi ni cuma satu sahaja, seperti tertera di namanya, dia kuat berfantasi. Ceritakan sahaja apa kisah sekalipun, semestinya sekejap sahaja dia sudah masuk ke alam itu. Dari cerita dongeng rakyat, ke cerita cintan-cintun hinggalah ke cerita sains fiksyen, semuanya mampu difantasikan dengan bersahaja.
Di sebalik rupa sebegitu Si Lelaki Fantasi ini ada satu rahsia lagi, dia bolehlah dikatakan pandai menulis berbanding bercakap.
Komen Terkini