Blog Kumbang-Kumbang Bertenggek Riang
Archive for July, 2007
Kemalasan…
Jul 30th


SpeSIAL lak rasanyer ari nih, sebabnya kemalasan aku mengupdate blog ni semakin menjadi-jadi sehinggalah adanya rekues/permintaan supaya blog ini dihapdet sebelum ianya di buang dalam tong sampah. Hahahaha… jadinya malam yang sunyi ini, tanpa iringan lagu-laguan halwa telinga aku pon menghapdet ala-ala malasan peringkat tenuk menghirup eskrem. So sesiapa yang menunggu kehadiran gambar-gambar jauh dari pangkor itu di blog ini, boleh mulakan melupakannya sebabnya aku malas nk hapdet and upload gambar tu kat sini. Walaubagaimanapon, berterimakasihlah pada Flickr dan incik Beck atas bantuan membendung amalan malas aku dengan memperkenalkan software Flickr untuk upload gambar secara besar-besaran. So sesiapa berminat nak tengok keindahan Pangkor ataupon kehebatan aku dalam memfotografi sila ke MyFlickr.
Rabu, 25th July 2007 @ 9.30pm – Bowling bersama Sh4q + Sarah Aqilah (nice to meet u).
Sabtu, 28th July 2007 @ 9.30am – Setia Alam, kerja memasang + setup CCTV (CIMB Bank)
Sabtu, 28th July 2007 @ 3.30pm – Cubaan dating terancang bersama kawan-kawan rapat.
Sabtu, 28th July 2007 @ 10.30pm – Putrajaya (temankan membe)
Ahad, 29th July 2007 @ 12.01pm – Shaw Centre Point, Klang – temankan member + Brunch(Breakfast + Lunch)
sekian dahulu…gambar lain nanti….
p/s – gambar baru ditambah …pangkor..!!!
Yo…it’s me!!!
Jul 23rd

Lama dah blog ni tak dihapdet…mungkin sedikit kecewa ngan para pelawat disini… hahah…aku perlukan sesuatu untuk teruskan perjuanganku di blog ini… Sedikit sokongan kawan2…ahah skrg ni aku asek memikirkan duit yg aku akan dpt dari blog nih… sejak aku taruk iklan advertlets tapi skrg ni aku tgk sejak…2 minggu lepas…pendapatan aku baru RM0.56 ..hahah.. aku perlukan income yg lebih lagik..ahahha… tp aku risau dalam usha nk menaikkan rating dan pelawat2 kt blog aku ni…mungkin isi kandungan blog ini akan berubah menjadi bukan “diri aku sendri” …maksudnya bukan kata2 hati aku…lebih kepada “copy paste” artikel2 yg menarek…sbb aku melihat kebanyakkan yang popular tuh…lebih kepada “copy paste”then …ujudlaa satu entry yg menarek…
oke aa lupakan semua tuh…malam tadi aku baru kembali dari Pangkor… Sungguh menarek Company trip nih….hampir 300MB gamba yg sungguh high quality (bg kamera aku) …akan aku kongsai bersama2 korang nnti..begitu juga aktivit2 kami..!!!
Balik Kampung Updet!!!
Jul 15th
Baru jek menjejakkan kaki di s.alam setelah sehari balek kampung… huhu aku rasa inilah kali pertama aku balik kampung dan pulang balik dalam masa yang singkat. Tapi apapunu aku bersyukur kerana dapat balik kampung berjumpa makbapak aku. So macam biasa aku sampai kt Sabak Bernam pukul 3.30 ptg dan aku tido selepas sampai. Esoknya aku gi shopping barang dapur dan pergi ke hostel adik aku n berjumpa dgn dia. Pukul 5 ptg aku bergerak kembali ke Shah Alam.
So sekarang kat shah alam, sampai jek bukan internet tengok blog… ada orang suh updet…ahaha.. so here quick updet. Minggu lepas aku dapat berjumpa sekejap dengan shaira so setelah sekian lama berkenalan dengan shaira dalan blog sahaja kali ni dpt jumpe live.. hahah..so Shaira nice to meet u …so Dhiey bila la agaknya kita nak jumpa aaa???? Aku rasa kita kena wat gathering untuk blogger kita nih ..ahahah..kumpul balek para blogger tegar.. dari zaman takdenya wordpress sampai laaa skrg ni…walaupon ramai bloggers baru muncul korg ttp rock..maintain ngan blogspot/blogdrive …ahahah…
So nk cite pasal pe lagi…bola ek.. AFC kita sudah kalah 5-0 …hahah rekod..da 10 kali bolos..kali ni ngn Uzbekistan..aku tatau nk komen pe sbb aku tak tgk pon… so aku tatau nk cakap pe aaa…huhu n Congrats utk Brazil …berjaya mengalahkan Argentina 3-0 dalam Copa America…ahaha… Special utk –> wan..impian ko hanya tetap jadi impian untuk argentina+messi ko ngalahkan Brazil… ahahha takkan takde star (Kaka + Ronaldinho) pon xble menang beb…siap own goal tuh…ahahah
chaios….next updet…my music kot..!!!
Quick Update!!!
Jul 11th

Malaysia muncul dalam website sukan antarabangsa…hahah..walaupon keputusan tak memberangsangkan…bilakah agaknya Malaysia akan berjaya dalam sukan bolasepak???huhu…aku pon tatau nak kata apa pon , makin lama dirasakan makin teruk pulak mungkin player sekarang ni disogokkan dengan kemewahan…..berbanding dengan player2 kita suatu masa dahulu. Ya…ini lah yang sering diperkatakan, player2 dulu kebanyakkan bukannya kerjanya hanya bermain bola sepak (seperti player skrg) tetapi prestasi mereka tetap membanggakan kita (berbanding sekarang)…so kesimpulannya, mentaliti rakyat malaysia masih dalam tahap yang mengecewakan.
Bukan setakat player sahaja tetapi rakyat Malaysia sehinggakan kerajaan melancarkan “Kempen Tak Apa” ….huhu betapa uniknya rakyat Malaysia…dengan sikap “Tak Apa” (tak mengendahkan). So apa yang perlu skrg ialah rakyat Malaysia harus menukar cara pemikiran dan mentaliti masing2, dan setkan minda untuk berbuat yang lebih baik…huhu…
So schedule ari nih, Desa Jaya Kepong…another CIMB bank branch yang perlu di “troubleshoot”. Then untuk pengetahuan, company aku da order server baru dari Shinjiru yang berkapasiti 100GB…:D Aku merasakan shinjiru merupakan kompeni hosting yang paling mantap sekali kerana menawarkan space yang besar hanya untuk RM290 setahun…dan paling membanggakan ia adalah kompeni anak Malaysia yang dikenali di peringkat antarabangsa.


Komen Terkini