Blog Kumbang-Kumbang Bertenggek Riang
Archive for August, 2007
Merdeka!!!
Aug 31st

Ya, hari ini genaplah Malaysia mencapai kemerdekaan selama 50 tahun, satu tempah yang agak lama. Walaupun sesetengah orang merasakan 50 tahun ini tempoh yang agak pendek berbanding tempo negara kita dijajah, namun kita patut bersyukur kerana kita sudah merdeka secara fizikal. Apa yang penting sekarang ialah untuk menyekat penjajahan halus yang berlaku didalam diri kita sendiri. Secara halus dan diam-diam sebenarnya penjajahan telah berlaku di negara kita kita tengok dari segi fesyen, tak ramai yang pergi kerja memakai pakaian seperti baju kurung, baju kebaya, baju melayu lagilah jarang(termasuk aku juga).
Begitu juga dengan cara hidup kita, semuanya telah terjajah bagaimana teknologi membantu dalam meningkatkan kecekapan kita dalam kehidupan harian begitu juga ia mempengaruhi dan mencemar adat-adat melayu kita yang selama ini kita pelihara. Namun semua itu boleh dielakkan, ambil mana yang perlu dan buang apa yang merosakkan. Semua itu adalah tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia.
Argh…persetankan itu semua, menjelang ulang tahun kemerdekaan Malaysia aku ingin melihat Malaysia bebas dar segala jajahan secara fizikal mahupun mental. Aku akan cuba menangkis segala jajahan dalam diri aku…dan kamu, kamu semua juga harus memainkan peranan demi Malaysia.
Merdeka Kool!!!

Final Pestabola Merdeka, Stadium Shah Alam. Malaysia 3 – 1 Myanmar (30 Ogos 2007)

Malam Merdeka, Dataran Shah Alam. (31 Ogos 2007)
Adooi.com + Blogohblog.com
Aug 28th

Sudah berlalu Rumpun “07, hampir semua blogger yang hadir mengisikan apa yang berlaku di Rumpun dan kini marilah kita berblogger secara aktif dan agresif. Seiring dengan minat aku berblog ini, aku isikan setiap entry dengan gambar fresh dari arkib cakera keras aku, yang selama ini aku tangkap dan simpan. Dan di ingatkan disini, setiap gambar yang dipaparkan hak milik aku, boleh diambil jika meminta keizinan dan macam biasa silala kredit ke blog aku ini. Dan gambar-gambar ini tidak ada kena mengena dengan entry aku, cuma sekadar hiasan semata.
Seperti biasa Adooi.com, menganjurkan pertandingan, wah ini yang kedua setelah yang pertamanya dimenangan mamat ini.Pemilik blog Adooi.com ini adalah juga pemilik blogohblog yang tersirat di dalamnya semua ilmu-ilmu yang bob ada dari segi designing, coding tip-tip dan sebagainya. Ya, hadiah kali ini untuk pertandingan ini ialah WordPress Theme ataupon tema wordpress yang didesign secara custom made oleh bob sendiri. Jadi sesiapa yang mahukan tema wordpress beridentitikan dirinya sendiri seperti mamat ini, anda punya idea tetapi tidak kreatif silalah menyertai pertandingan ini.
adooi.com kool!!!


p/s – Terima kasih, model-model kakiku ini. :p
Imbasan Rumpun ’07
Aug 27th

Inilah Bat Infomalaya
Semalam 25/8/2007 berlangsunglah satu event yang julung-julung kalinya diadakan. Rumpun ’07 …tahun depan Rumpun ’08 pula, Rumpun dijangkakan bermula pada pukul 5ptg maka aku pon menghadirkan diri di Pelita Nasi Kandar agak awal kerana aku melihat cuaca agak tidak mengizinkan, mendung-mendung ayam. Sesampai aku di pelita, butir-butir mutiara dari lagit sudah gugur, rahmat dari Ilahi dan aku pon bergerak berjumpa pengurus Pelita, Encik Hasim Maidin atas arahan Mail dan pada masa ni Bat pon on da way. Hahah.. aku adalah orang pertama yang datang dan berjumpa dengan pengurus Pelita ini dan yang lawak + terkejutnya dia meminta aku membayar deposit untuk event ini. Walaubagaimanapon dengan tipu helah, aku berjaya meloloskan diri dari membayar, gila apa nak bayarkan bukannya 20sen ke 20 sen, dan aku belon dapat gaji harap maklum.



Antara orang pertama yang aku jumpe adalah Catz (bukan nama sebenar) atau pon Catzer (pun bukan nama sebenar) nama sebenarnya aku tau dan aku tau dia tak bagi aku beritahu kamu semua. Catz aku tengok mudah mesra dan peramah, nasibbaikla ade catz…kalau tak konfem aku bosan. Aku menunggu di tingkat atas Pelita tu bersama blogger-blogger yang sampai seorg demi seorang. Sehinggalah aku diberitahu bas Ismail rosak di Sungai Buloh dan ini menyebabkan Rumpun akan terlewat kerana orang kuat Rumpu, Ismail lewat. Aku turut berjumpa kembali rakan lama di Form 1, AYSSB Asrama Yayasan Selangor Sabak Bernam Mohd Izwan atau nama popular di AYSSB ialah Robots, sekarang dengan nama Robotys. Kau dari dulu memang mantap dan masih seperti dulu. Aku turut berkenalan dengan Hafreze, dan beberapa orang blogger yang lain (maafkan aku, kalut aku tak cam dan tak ingat blogger yg baru aku kenal) Kemudian barulah Krew Persetankan sampai, Wunk + Kawan , Monster Kekhai + Awek , Mamu(Mummoze a.k.a designer baju Persetankan) dan Jasmine (otai persetakan merangkap wakil Beck). Sedikit terkilan bebeck tak dapat hadir kerana bebanan kerja dan bali, terima kasih promote blog aku nih, tapi aku still tak puas ati ko tak datang. Sessi ice breaking yang tak berapa nk break

Rumpun kembali bergegar dengan pengumuman, “Assalamualaikum & selamat petang, nama saya Mohd Ismail…” dan di’sambut ringkas oleh Josh Lim,”yeah, Mohd Ismail dari Mohd Ismail dot Com!”. Tepukan dan sinar lensa kamera dari segenap sudut mula bertebaran di Pelita Nasi Kandar, Jalan Ampang tempat berlangsung’nya acara bersejarah, Rumpun 2007. Aku terpaksa copy paste petikan ini dari ismail kerana aku tak dengar (lokasi aku jauh dari tempat mail muncul)..So next session setelah makan minum, pelancaran PC Malaya produk baru dr HappyPeople Media. Kemudian akhir sekali sessio bergambar beramai-ramai.

Ini Chot, fotographer tak rasmi.
Setelah itu aku dengan beberapa orang persetankan termasuk Catzer dinner bersama-sama Ismail di Signatures KLCC. Hahaha…blogger lain jangan jeles ek.
Oh ya aku ade gamba ekslusif , chot jejaka misteri
Komen Terkini