Merdeka!!!

Ya, hari ini genaplah Malaysia mencapai kemerdekaan selama 50 tahun, satu tempah yang agak lama. Walaupun sesetengah orang merasakan 50 tahun ini tempoh yang agak pendek berbanding tempo negara kita dijajah, namun kita patut bersyukur kerana kita sudah merdeka secara fizikal. Apa yang penting sekarang ialah untuk menyekat penjajahan halus yang berlaku didalam diri kita sendiri. Secara halus dan diam-diam sebenarnya penjajahan telah berlaku di negara kita kita tengok dari segi fesyen, tak ramai yang pergi kerja memakai pakaian seperti baju kurung, baju kebaya, baju melayu lagilah jarang(termasuk aku juga).
Begitu juga dengan cara hidup kita, semuanya telah terjajah bagaimana teknologi membantu dalam meningkatkan kecekapan kita dalam kehidupan harian begitu juga ia mempengaruhi dan mencemar adat-adat melayu kita yang selama ini kita pelihara. Namun semua itu boleh dielakkan, ambil mana yang perlu dan buang apa yang merosakkan. Semua itu adalah tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia.
Argh…persetankan itu semua, menjelang ulang tahun kemerdekaan Malaysia aku ingin melihat Malaysia bebas dar segala jajahan secara fizikal mahupun mental. Aku akan cuba menangkis segala jajahan dalam diri aku…dan kamu, kamu semua juga harus memainkan peranan demi Malaysia.
Merdeka Kool!!!

Final Pestabola Merdeka, Stadium Shah Alam. Malaysia 3 - 1 Myanmar (30 Ogos 2007)

Malam Merdeka, Dataran Shah Alam. (31 Ogos 2007)
This entry was posted on Friday, August 31st, 2007 at 3:47 am and is filed under Hobi, ReaLiTy. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.




MEGAT September 1st, 2007 at 9:23 am
Merdeka! Merdeka! Merdeka!…
Laungan yang sering kita dengar ketika menyambut hari kemerdekaan negara kita, Malaysia. Alhamdulillah kita sudah 50 tahun merdeka dan ini bermakna 50 tahun juga kita telah dapat menyelamatkan negara dari cengkaman penjajah. Dalam tempoh itu juga kita …