Blog Kumbang-Kumbang Bertenggek Riang
Archive for September, 2007
Bionic Woman
Sep 29th

Semalam aku menyaksikan satu lagi tv siri yang aku rasa bakal popular, mungkin tajuk “Bionic Woman” sudah biasa disebut dan didengar. Siri tv “The Bionic Woman” yang digarap dari “The Six Million Dollar Man” disiarkan pada 1976, yang pada awalnya Lindsay Wagner berlakon sebagai “Jaime Sommers” watak utama dalam cerita ini. Ketika ini watak utamanya merupakan seorang pemain tennis professional yang terlibat dalam satu kemalangan yang hampir membunuh ketika sky diving.
Kini siri baru “The Bionic Woman” (2007) , masih menggunakan watak Jaime Sommers (Michelle Ryan) tetapi bukan seorang pemain tennis hanya seorang bartender yang bersusah payah menyara adik perempuannya. Jaime bercinta dengan seorang pensyarah biotek Will Anthros (Chris Bowers) yang juga merupakan doktor yang terlibat dengan satu ujikaji tentera mengenai biotek.
Buka Puasa UMP / X-UMP
Sep 25th
Assalamualaikum…Hari ni masuk ramadhan ke-13, dan minggu ni akan bertambah padatlah jadual-jadual dengan majlis berbuka puasa. Begitu juga aku, aku dan budak-budak aku BCS, software engineering KUKTeM a.k.a Universiti Malaysia Pahang (UMP) menganjurkan Majlis berbuka puasa. So antara yang bertanggungjawab dalam acara ini ialah aku kot. Hhahaha…so smua pelajar atau bekas pelajar UMP atau KUKTeM diminta menghadirkan diri. Makan ni…bukannya suruh buat kerja, dengar kata ada satay kan Wani.
wehh nk tau lebih lanjut sila ke blog penganjur makcik pinkdrops. ![]()
List of Names (as to date 25/9/07)
1. Nor Zarina x 2 - PAID!(cimb)
2. Janna
3. Atok Adenan – PAID!(maybank)
4. Boboy Auzan
5. Omar x 2 – PAID!(maybank)
6. Husne
7. Ekin Cayu
8. Zek Angel - PAID!(maybank)
9. Abbas
10. Judo x 2 - PAID!(maybank)
11. Hazman x 2
12. Lela x 2
13. Matt Tapah x 2
14. Guna – PAID!(maybank)
15. Rahmat – PAID!(cimb)
Berbuka puasa KOOL!!!
p/s Kad jemputan Kredit to Abbas
Rangkuman Hujung Minggu
Sep 24th

Yo!
Minggu ini sabtu aku kerja separuh hari, ingatkan ingin berehat seperti minggu lepas, tidur sepanjang masa lapang sambil menonton cerita yang banyak-banyak dalam harddisk aku ini. Hahha…namun beberapa perkara terjadi menyebabkan berlakunya beberapa aktiviti luar kawal.
Sabtu 22/09/2007
Bangun pagi, tidur balik selepas sahur pastu bersiap-siap untuk ke opis, almaklumla kami bekerja di setiap sabtu selain sabtu pertama dan ke-3. Sudahnya di opis, melakukan kerja-kerja ringan yang tidak memeningkan kepala dan kemudian pulang ke rumah tepat pada pukul 1 tghari. Plan petang ini ialah menemankan Irfan (kawan baik aku) menghantar barang ke Universitinya. Kawan aku ni sambung belajar di Nottingham University Malaysia Campus, kira university internasiaonal yang mempunyai kampus di malaysia dan seperti yang kita dapat bayangkan semestinya di sini penuh dengan pelajar-pelajar luar negara. Kampus ini terletak di Semenyih dan perjalanan mengambil masa kira-kira 1 1/2 jam.
Sesampai di sana aku dibawa melihat-lihat kawasan sekeliling, dan aku berpendapat walaupun terletak agak pedalaman, namun kelengkapan kemudahan di sini amat memberangsangkan dang menakjubkan. Yalah, university internasional semestinya dengan membayar yuran yang tinggi kemudahannya haruslah baik. Sempat juga men’snap’ beberapa fhoto di sekitar Nottingham University. Kemudian kami bergerak ke UIA untuk menghantar pc kawan aku. Sampai di UIA sekitar 4-5 petang dan setelah itu aku mencari tempat untuk berbuka di sekitar Gombak dan akhirnya kami berbuka di Greenwood kedai makan Penyu Seafood milik abang kepada salah seorang kawan aku.
Kemudian kami bertolak pulang kerana aku ada temujanji dengan budak-budak persetankan (bagi baju) selepas sembahyang terawih. So nampaknya catzer, ikmalibrahim, izzat dan hasaidi akan melaram dengan baju DFJJ ahahah…jgn jeles. Pulang ke rumah kira-kira pukul 1.30 pagi setelah melepak dengan mereka.
Edisi 23 – Cahaya
Sep 21st

Selamat pagi!
Hari ni aku kebuntuan idea nak menulis apa, jadi layankan saja. Persetankan.com baru sahaja melancarkan tema baru untuk bulan ini September walaupun kelihatan seperti agak terlewat tp tak mengapa. Di sebabkan sejak akhir-akhir ini banyak kejadian-kejadian menarik mengenai cahaya, jadi tema bulan ini ialah CAHAYA.
CAHAYA menekankan cahaya sebagai subjek dalam fhoto. penekanan boleh diberikan kepada keadaan cahaya dalam malam, siang, lighttrail, percikan bunga api, pemandangan atau potrait yang mengutamakan cahaya sebagai pemberi kesan utama kepada fhoto.
Jadi seperti biasa syarat-syarat submisi :
- Maksimum 6 fhoto bagi setiap kontributor.
- Pastikan perkataan “CAHAYA” ada di dalam fhoto.
- Pastikan ada “caption” yang menerangkan maksud fhoto anda itu.
- Pastikan gambar anda menepati tema “CAHAYA”.
- Fhoto adalah berwarna.
- Pastikan ianya hasil fhoto asli yakni yang ditangkap sendiri tiada plagiarism.
- Sila Sertakan “Tajuk Submisi” anda yang bersesuaian dengan fhoto.
- Sila sertakan URL blog, myspace atau friendster.
- Size fhoto ialah 400×300, 300×400, 450×300 atau 300×450 piksel.
- Tidak dibenarkan menambah “Border” di tepi fhoto anda.
- Minor editing iaitu seperti color balance, level, HDR dsb dibenarkan.
- Jika menggunakan kamerafon, pastikan ianya 2 megapiksel ke atas.
- Emailkan fhoto anda ke persetankan.fhoto@gmail.com
Cahaya memang KOOL!
Komen Terkini