keja-aku1.jpg

Hehe, selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Ini siri bercakap dengan diri sendiri edisi ke-2 dan sambungan Kerja Aku Part1. Berkerja di sebuah syarikat kecil yang sedang meningkat naik memang agak sukar dan berat, kerana hampir semua kerja kita kena tau dan boleh buat. Dan kemungkinan untuk ditinggalkan rakan sejawat juga amat tinggi. Aku pernah mempunyai rakan sekerja yang boleh dikatakan “The Best Team” yang pernah dikumpulkan. Namun semua itu hanya tinggal kenang-kenangan kerana mereka semua telah berhenti kerja di sini dan berkerja atau sambung belajar.

So tinggalkan aku seorang diri kat sini terkial-kial nak dapatkan keyakinan, dan ianya bukan mudah kerana aku rasa sampai sekarang aku masih belum dapat 100% menyesuaikan diri kat dengan situasi sekarang. Memang orang baru akan datang menggantikan yang lama, tapi sebagus manakah yang datang?dapatkan mengatasi kehebatan team lama? Itu yang memeningkan aku kerana, sekarang aku pula yang kena training mereka semua dari Zero ke something dan ianya memakan masa yang agak lama dan ketabahan yang luar biasa. Hahah…sedangkan aku tidak mempunyai semua itu, aku seorang yang panas baran mengikut fakta yang lepas dan aku bukanlah seorang pengajar yang bagus, yang penuh dengan kasih sayang seorang guru,  aku seorang tenaga pengajar yang garang, suka marah-marah dan kununnya tegas.

Di sini aku telah mengalami berbagai-bagai bidang kerja dari menjadi seorang Despatch, aku menjadi juga seorang penarik kabel Coaxial dan UTP yang berjaya. Aku juga menjadi seorang pemasang kamera CCTV yang berjaya dan menjadi seorang perungut sepi. Aku cuma berharap segala kerja aku disini di hargai, dan dipercayai, dan jikalau boleh ringan-ringankan lah beban aku ini, ” Hulurkan tangan, ringankan beban”. Walaubagaimanapun aku gembira disini dan aku mahu berikan sedikit masa, barang 2-3 tahun lagi demi bos aku dan syarikat ini.

keja-aku2.jpg

keja-aku3.jpg

Aku memang kool!

Comments

Powered by Facebook Comments