Blog Kumbang-Kumbang Bertenggek Riang
Pecah penjara

Assalamualaikum,
Hahha…Pecah Penjara ataupun “Prison Break” untuk musim ke-3 telah kembali. Aku menyedarinya semalam pagi walaupun kata kawan aku, telah berada di torrent sejak petang 18/9/2007. Walaubagaimana pun aku telah berjaya mendonlod episod 1 bagi musim ke-3 ini dengan cepat juga, terima kasih kepada BolehVpn dan Mininova. Kepada sesiapa yang tidak pernah melihat tv siri ini aku ceritakan sedikit sebanyak tentang Prison Break musim 1 dan musim ke-2.
Musim pertama, sejak awal kemunculan Tv siri ini aku menyedarinya dari website TheTruthSpy.com yang menyediakan direct download siri ini. Ceritanya mengisahkan 2 adek beradek yang mempunyai karakter yang berbeza. Si abang, Lincoln Burrows (Dominic Purcell) sering terlibat dengan gejala-gelaja yang tidak baik, sedangkan si adik merupakan arkitek yang mempunyai IQ yang agak tinggi. Cerita ini bermula ketika abang ditangkap atas tuduhan membunuh abang kepada Timbalan Presiden AS, yang sebenarnya hanya konspirasi yang dikenali sebagai “The Company”. Ketika ini si adik, Michael Scofield merasakan tidak ada jalan halal lain untuk melepaskan abangnya dari hukuman bunuh selain membantunya melarikan diri dari penjara.
Dengan persiapan berbulan-bulan, memikirkan strategi untuk keluar dari penjara yang mempunyai kawalan yang sungguh ketat Scofield pon merancang untuk masuk penjara yang sama dengan abangnya. Musim pertama ini, dipenuhi dengan bagaimana Scofield merancang secara perlahan-lahan untuk melarikan diri bersama abangnya.Bagi musim kedua pula, lebih menceritakan mereka setelah berjaya melepaskan diri dari penjara itu. Kehidupan mereka sebagai pelarian serta pencarian mereka untuk mengumpul bukti konspirasi politik kerajaan AS ini.
Di akhir musim kedua ini, abangnya didapati tidak bersalah tetapi Scofield pula dipenjarakan di Sona setelah diperangkap oleh “The Company”. Sona (ilham dari Carandiru Prison di Brazil) bukan seperti penjara-penjara biasa, dimana pembunuhan seringkali berlaku antara penghuni yang menyebabkan semua warden penjara meninggalkan penjara ini. Ini menyebabkan penjara ini dikuasai oleh Raja Dadah bernama Lechero yang mewujudkan undang-undang sendiri. Kemudian Michael sedar tujuan dia di penjarakan di Sona adalah untuk merancang dan menjayakan satu lagi “Prison Break” di Sona bagi melarikan seorang penghuni misteri di Sona, Whistler.
Korang donlod aa sendiri lagi syok dari baca yang aku tengok…ahahah…
Prison Break memang Kool!!!
| Print article | This entry was posted by OmarBahrin on September 20, 2007 at 7:52 am, and is filed under Hiburan. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |
about 4 years ago
aku mmg xlayan cerita ni..i xsuka ganas2..kalau mcm cerita ‘house’ & desperate ‘housewife’ gua mmg layan abis..hehe
about 4 years ago
share kan la kat sharefile ke…yg leh aku d.load trus..aku mna ada internet..takde la nk d.load torent2 ni
about 4 years ago
aku selalu jugak tengok siri.. tapi aku suka tengok heroes
hehe
about 4 years ago
aku setia pada yang nie je, tak layan dah citer2 lain,
about 4 years ago
chot…aku tak tau pulak ko layan house…hehehe…nanti house dapat lari2 jogging gi hospital…huhuhu…
about 4 years ago
junaidix, aku layan gk heroes…best woo..
about 4 years ago
vangardx…mmg syok kan cite nih…ahaha..oh sarah tancrediku..
about 4 years ago
ikmal, ko burnkan aku aa house…da x larat nk donlod dr awal..:D
about 4 years ago
sape org dalam batu tu? apa yang dia tulis dalam kertas? t-bag still dgn ayat manis dia, ap citer geng2 yg lain? ap rasa cuci tandas kat situ?
about 4 years ago
mm tu aa misteri mamat tuh..nnti sucre akan tag team ngn lincoln utk bantu plan pecah penjara. bantuan dr luar…memandangkan michael x sempat wat research dan persediaan..
about 4 years ago
hurm…ok…nanti gantikan dengan dvd kosong lain boleh?? dalam 10 keping…tiga season..
about 4 years ago
ikmal, boleh sahaja….:D apa lagi ko ada weh?
about 4 years ago
utk release tv, baik ko amik kt eztv.. tu public trackker terbaik utk series… seeder pun ramai lg … tp klo nak laju lg of course private sites r
about 4 years ago
pluginbaby, oh..ya ka..terima kasih atas info tersebut…yang aku donlod yg ni…Prison.Break.S03E01.HDTV.XviD-XOR.avi
tp ok gak kan..nx time carik eztv..:D
about 4 years ago
thetruthspy…aku kenal dgn orang yang buat site tuh….pokko,mu bulih publisiti disinih!!
about 4 years ago
kau rasa guna bahasa melayu jadi pecah penjara tu kool ke?
tak KOOL lansung.
cam takde tamadun.