Rangkuman Hujung Minggu

Yo!
Minggu ini sabtu aku kerja separuh hari, ingatkan ingin berehat seperti minggu lepas, tidur sepanjang masa lapang sambil menonton cerita yang banyak-banyak dalam harddisk aku ini. Hahha…namun beberapa perkara terjadi menyebabkan berlakunya beberapa aktiviti luar kawal.
Sabtu 22/09/2007
Bangun pagi, tidur balik selepas sahur pastu bersiap-siap untuk ke opis, almaklumla kami bekerja di setiap sabtu selain sabtu pertama dan ke-3. Sudahnya di opis, melakukan kerja-kerja ringan yang tidak memeningkan kepala dan kemudian pulang ke rumah tepat pada pukul 1 tghari. Plan petang ini ialah menemankan Irfan (kawan baik aku) menghantar barang ke Universitinya. Kawan aku ni sambung belajar di Nottingham University Malaysia Campus, kira university internasiaonal yang mempunyai kampus di malaysia dan seperti yang kita dapat bayangkan semestinya di sini penuh dengan pelajar-pelajar luar negara. Kampus ini terletak di Semenyih dan perjalanan mengambil masa kira-kira 1 1/2 jam.
Sesampai di sana aku dibawa melihat-lihat kawasan sekeliling, dan aku berpendapat walaupun terletak agak pedalaman, namun kelengkapan kemudahan di sini amat memberangsangkan dang menakjubkan. Yalah, university internasional semestinya dengan membayar yuran yang tinggi kemudahannya haruslah baik. Sempat juga men’snap’ beberapa fhoto di sekitar Nottingham University. Kemudian kami bergerak ke UIA untuk menghantar pc kawan aku. Sampai di UIA sekitar 4-5 petang dan setelah itu aku mencari tempat untuk berbuka di sekitar Gombak dan akhirnya kami berbuka di Greenwood kedai makan Penyu Seafood milik abang kepada salah seorang kawan aku.
Kemudian kami bertolak pulang kerana aku ada temujanji dengan budak-budak persetankan (bagi baju) selepas sembahyang terawih. So nampaknya catzer, ikmalibrahim, izzat dan hasaidi akan melaram dengan baju DFJJ ahahah…jgn jeles. Pulang ke rumah kira-kira pukul 1.30 pagi setelah melepak dengan mereka.
Ahad 23/9/2007
Bangun agak lewat, kerana penat dan merancang ke The Mines untuk melakukan sedikit kerja. Alhamdulillah housemate ak, Rahmat bermurah hati menemankan dan membawa aku ke The Mines, ” Panas terik ni” kata dia. Sampai di Mines, berjumpa dengan Jasmine seketika untuk memberi T-Shirt DFJJ, wah bertambah lagilah orang yang akan melaram dengan t-shirt baru nih. Jangan jeles ek beck dan mohdismail baju anda akan di pos secepat mungkin, terima kasih pada catz yang sudi membantu mengepos baju nih.
Selesai urusan kerja di The Mines, aku ke The Summit USJ untuk bermain boling di Ampang Superbowl dan merancang untuk berbuka di sini. Setelah 3 game, ternyata aku dapat mengatasi kawan aku Rahmat dengan kemenangan 2-1. Kemudian kami berbuka di Chicken Hart Buffet. Setelah selesai kami pulang ke rumah.
Hari mingguku memang kool!!!
This entry was posted on Monday, September 24th, 2007 at 6:51 am and is filed under Kehidupan. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.




OmarBahrin September 24th, 2007 at 11:49 am
alaaa chot lupe aa…lupe ko kt bangi..aku igt ko kt klcc jek…haha…jarri pon…:D