Blog Kumbang-Kumbang Bertenggek Riang
Archive for October, 2007
RAID episod 1
Oct 27th

Hari ini aku begitu sebuk sekali, due date untuk Projek Wisma + beberapa corrective untuk cimb punya site. Dari pagi setelah menyetelkan beberapa kerja harian :-
- Check gmail.
- check outlook
- Check website harian, persetankan, omarbahrin, fendyzaidan, ismail.com, etc.
- Cek pending corrective untuk CIMB.
Kemudian sambong setup server untuk CIMB Bandar Baru Bangi, yang pada asalnya bermasalah dari segi raid dan petangnya aku ke wisma dan berjaya menyiapkan semua modul. Raid dalam bahasa inggerisnya ialah Redundant Array of Independent Drives (or Disks) yang secara bahasa mudahnya kita menggabungkan 2 atau lebih harddisk(HDD) kepada 1 harddisk secara logikalnya. Maksudnya disini sebagai contoh, kita menggunakan 3biji HDD 200GB yang sudah di raidkan, maka kita akan dapat lihat di dalam komputer hanya 1 HDD yang bersaiz 600GB(bagi RAID 0). Raid ini terbahagi kepada dua jenis Software Raid dan Hardware Raid dan beberapa level iaitu dari level 0,1,2,3,4,5 dan yang biasa aku gunakan ialah Raid 0 dan Raid 5. Oh ya, kesemua HDD yang ingin di gabungkan menjadi RAID mestilah mempunyai saiz yang sama.
Ok, kembali kepada server tadi dimana OS server ini ialah linux dan menggunakan hardware raid. Ini spesifikasinya :-
- Processor : Intel Xeon
- Memory : 1GB RAM
- OS : CentOS 4.4
- OS HDD : 200GB (IDE)
- RAID HDD : 200GB x 3 = 600GB (SATA)
- RAID Controller : HighPoint RR1740 (SATA)
Mula-mula sila masuk ke bios setup RAID kad itu setelah munculnya skrin biru untuk RAID, dan tekan CTRL+H untuk setup. Kemudian sila initialized kesemua HDD untuk RAID itu. Selepas itu, Create RAID dan pilih level RAID anda dan dalam kes aku ini, aku menggunakan level 0 untuk RAID ini. Setelah itu sila log masuk ke dalam OS.
bersambung….
Raya di Kelantan
Oct 25th

Menjelang raya yang entah keberapa iaitu bersamaan hari Khamis yang lepas, 18 Okt 2007 aku dengan pelbagai paksaan dan tekanan telah di ajak untuk pulang awal ke Shah Alam dan seterusnya beraya di Kelantan. Sememangnya aku mulanya berberat hati kerana aku sudah ada rancangan pada hari Sabtu (20 Okt 2007) iaitu “Meet Up Persetankan”.
Atas dasar kawan, aku memutuskan untuk turut serta ke Kelantan. Tiada apa yang menarik sepanjang perjalanan ke Kelantan cuma yang aku rasakan perjalanan yang sungguh jauh dan memenatkan walaupon bukan aku yang memandu. Aku sedikit tertekan dengan keadaan tiada highway yang selesa menuju ke Kelantan, hanya ada jalan-jalan kecil yang sedikit sebanyak mengguris perasaan takut bertembung mahupun terselisih.
Kemudian kami bertikam pendapat mengapa tiada lagi lebuhraya dibina di Kelantan??? mungkin ada benarnya politik kadang-kala menyusahkan, sebagaimana politik boleh memajukan sesuatu kawasan ataupun negara politik juga mampu memundurkan sesuatu kawasan itu. Itu antara realiti yang berlaku, mengapa perlu ada tol setelah sesebuah lebuhraya itu siap? Kononya untuk menampung kos perbelanjaan pembinaan itu, tetapi adakah selama-lamanya tol harus dikutip?Dan setelah pihak itu kalah tol dihapuskan demi untuk memenangi hati rakyat, adakah relevan tindakan ini? Hahaha…bercakap mengenai politik pulak.
Oke, secara keseluruhannya merayau-rayau ke Kelantan ni taklah membosankan, kerana banyak tempat-tempat menarek yang boleh dilawati dan difhotokan. so next time pergi kelantan kena listkan tempat mana nak pergi untuk fhotografi, and ade sesiapa bole kasi idea tempat menarek di Kelantan.
DFJJ MeetUp
Oct 20th

Petikan yang diambil dari Persetankan.com :
Dukacita dimaklumkan, perjumpaan Aidilfitri yang akan diadakan di rumah Aini Jasmine telahpun dibatalkan.
Akan tetapi, sidang redaksi Digital Fhoto Jeritan Jiwa telah menggantikan perjumpaan Aidilfitri itu dengan satu perjumpaan yang lain. Sukacita dimaklumkan, perjumpaan yang bakal berlangsung pada tempat, tarikh dan waktu seperti maklumat yang dinyatakan dibawah:-
Tempat Berjumpa : Pintu Masuk KLCC berdekatan DOME.
Tarikh : 20 Oktober 2007 (Sabtu)
Waktu : Lunch Hour, dari 12.30 keatas.
Diharap, bagi yang tidak mempunyai apa-apa arah melintang mahupun menegak, dapatlah kiranya menghadirkan diri untuk kita saling lebih kenal-mengenali. Semoga perjumpaan ini dapat merapatkan lagi ukhwah antara sahabat jaringan ini.
Sekian, terima kasih.
so sesiapa yang ingin datang…sila datang jangan malu-malu…terimakasih dan minta maaf kerana lambat infom….jumpe disana…. Celebriti kita ialah Beck!!!

Komen Terkini