puasala.jpg

Ohhh…ini adalah entry pertama aku untuk bulan Oktober ini, huh..lebih seminggu tanpa sebarang update disini dan aku meminta maaf aa kalau ade sesiapa yang boring. Kebelakangan ini aku kena tumpu kat kerja lebih kerana aku akan bercuti selama 9 hari bermula 12/10/2007 hingga 21/10/2007 dan maksudnya segala kerja aku yang masih pending haruslah diselesaikan terlebih dahulu.

Dalam masa tak sampai seminggu kita semua akan menyambut Hari Raya Aidilfitri iaitu pada 13 Oktober 2007. Sekali lagi bulan Ramadhan kita tinggalkan dengan penuh kegembiraan. Sepatutnya Bulan Ramadhan yang kita sambut dengan meriah dan gembira tetapi itulah kelemahan kita sekarang, termasuk aku juga. Sukar dan tidak suka dengan rintangan duniawi. Huhuhu…walaubagaimanapun tidak salah kita meraikan Aidilfitri, sebagai tanda kemenangan kita mengatasi pelbagai ujian di bulan Ramadhan. Tahun ini aku merasakan semakin berusia dan matang seseorang itu makin mantap rintangan yang perlu dihadapi.

Tahun ini kali kedua aku berpuasa sebagai seorang yang bekerjaya. Tahun ini semakin tabah dengan beberapa kali terpaksa berbuka di bilik server, berbuka di tengah jalan, berbuka ketika tiada makanan (“korek hidung untuk berbuka” kata kawan aku) dan bermacam-macam lagi. Namun alhamdulillah, semua itu dapat aku hadapi dengan tabah walaupun kadangkala aku tewas ngn nafsu marah aku.

Tahun-tahun sebelum ini ketika aku masih bergelar seorang pelajar, aku berpuasa dengan gembira sekali bersama kawan-kawan aku semua. Lebih-lebih lagi bila dijemput menghadiri majlis berbuka puasa bersama Sultan Pahang, tentunya peluang yang sukar dilepaskan. Ketika itu aku berbuka dengan pelbagai masakan yang menarik dan menyelerakan dan aku rasakan tak perlu aku nyatakan apa masakan itu. Terliur siang-siang ni tak elok pulak.  :P

Imbas kembali 7 tahun yang lepas, ketika tu aku masih bersekolah menengah dan ketika itu aku berbuka puasa bersama-sama keluarga aku. Antara minuman kegemaranku pada masa itu adalah, cincau dan cendol buatan emakku (cendol belila tapi air dibancuh sendiri). Itu yang paling seronok sekali berbuka beramai-ramai yang pada tahun ini aku belum pon berjaya lakukan, berbuka bersama keluarga. Tapi ini akan aku lakukan juga pada khamis atau mungkin pada Jumaat ini kerana pada hari itu aku akan pulang ke kampung.

Jadi peringatan terakhir bagi semua umat Islam dan rakan-rakanku sekalian, JANGAN LUPE BAYAR ZAKAT FITRAH.

Puasa memang KOOL!!!

Comments

Powered by Facebook Comments