Blog Kumbang-Kumbang Bertenggek Riang
Archive for November, 2007
Pesta konvo U
Nov 26th

Yoss…sudah tiba masanya, setiap universiti akan mengadakan pesta konvo bagi meraikan pelajar-pelajar yang bakal bergelar graduan. Mungkin ini adalah antara event yang sesuai untuk dijadikan training ground bagi aku seorang newbie dalam fhotografi ini. Minggu lepas iaitu pada hari Sabtu 24/11/2007 aku menghadiri Pesta Konvo UiTM Shah Alam bersama-sama Fuzuri-san dan beberapa orang rakan-rakan yang lain. Tujuan aku hanya satu, merakamkan detik-detik konvo mereka di samping mengasah skill.
Dan minggu depan pada 1/12/2007 aku sekali lagi akan ke pesta konvo, dan kali ini adalah Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang (UMP) formerly known as KUKTeM, iaitu Universiti aku dulu. Ya, aku adalah bekas graduan Kolej Universiti Kejuruteraan Dan Teknologi Malaysia yang kini lebih dikenali sebagai UMP.
Ini merupakan majlis konvo yang kedua dan juga merupakan pesta konvo yang ke-2 setelah aku menjadi batch pertama. Kali pertama pesta konvo diadakan di Berjaya Megamall Kuantan, ya agak pelik bunyinya kerana pesta konvo diadakan di kompleks membeli belah. Ini adalah kerana kampus utama UMP belum siap lagi dibina dan buat masa ini UMP beroperasi di tapak MEC, Gambang. Kali ini pesta konvo diadakan di Kuantan Parade pula dan aku mungkin akan menjaga booth Alumni UMP. Mari ke kuantan untuk berkonvo bersama-sama aku.
Aku dan sarkis
Nov 19th

Seperti yang dirancang aku berpeluang untuk melihat sarkis didepan mataku. Seumur hidup aku, inilah kali pertama aku aku ke sarkis kerana biasalah Malaysia ni bukanya ada sarkis untuk ditonton. Adapun cuma teater, konsert dan lain-lain. Royal LondonCircus ini berlangsung sehingga 28 Nov 2007 dimana ketika entree ini dibaca masih lagi boleh di tonton.
Aku cukup-cukup berpuas hati dengan persembahan yang dihidangkan bermula dengan thrill yang mendebarkan dada dan diakhiri dengan persembahan penutup yang lagi menggayatkan diri aku. Sesungguhkan tidak rugi masa digunakan untuk menonton sarkis ini. Mari ramai-ramai menyaksikannya, oh ya kebanyakkan fhoto ini diambil menggunakan lens baru tamron 55-200mm.
Reunion Raya
Nov 14th

Setelah sabtu berlalu bersama-sama gelombang kuning, ahadnya aku ke KLCC lagi untuk menyertai Reunion Raya ex-coursemate aku. Walaupun aku tau kedatangan takkan sepenuhnya kerana masing-masing mempunyai komitmen masing-masing. Seawal pukul 11pagi aku telah sampai di KLCC dan menuju ke Taman KLCC. Kami akan berpiknik potluck tetapi aku datang dengan tangan kosong bersama Erika semestinya.
Sampainya di tempat piknik, beberapa member lama aku lelaki dan perempuan tengah menghidangkan beberapa menu utama. Antaranya, Bihun goreng, nasi goreng, lemang, nasi impit, rendang ayam, dan juga satu bucket KFC. Setelah mensarapankan diri aku pun terus beraksi bersama Erika. Aku akui aku masih kekok dengan Erika, aku perlukan lebih masa bersama Erika bagi menserasikan diri aku dengan dia.
Tetamu VIP kami ialah 2 orang bekas pensyarah kami yang agak rapat dengan kami semua, Cik Zalili dan Cik Ani. Mereka tiba agak lewat tetapi kami menunggu dengan sabar diselangi borak-borak antara member kerana lama tidak bertemu. Dengan kehadiran Cik Zalili dan Cik Ani, akmi terus berbual-bual sambil menikmati hidangan yang ada. Sekali-sekala mereka bercerita mengenai pengalaman mereka yang sedang menuntut di Jepun. Sememangnya jepun merupakan satu negara yang aku respek, dari segi etika kerja dan kemajuan teknologinya dan juga awek-awek yang kawaii.
Aku terpaksa pulang awal kerana ada beberapa kerja perlu diselesaikan. Kepada mereka semua (terutama perempuan) yang menyediakan makanan pada hari itu terima kasih, hidangan itu memang superb. Kepada semua yang hadir silalah menghadirkan diri lagi di majlis anjuran kita semua. Kepada yang tidak hadir, next time pastikan anda dapat melihat aku dan Erika beraksi. Anda pasti akan lebih popular. Sekian, sayonara….
Oh ya, aku beli lens dari bali ari yang sama event ini berlangsung di KLCC, Tamron 55-200mm .
Gelombang Senyum
Nov 12th

Tatkala ramai orang tengah kecoh dengan gelombang kuning dari Qaiyum, dari Beck, MohdIsmail, IcedNyior dan lain-lain blog, tak kisahlah samada menyokong atau tidak si Kuning ini, aku mempunyai matlamat lain ke KL pada hari kejadian itu aku mahu merempuh Gelombang Senyum.
Pada mulanya setelah mendengar berita tentang perhimpunan Kuning ini, aku pun merasa was-was bukan kerana takut akan Si Kuning ini hanya takut aku terselit di tengah-tengah dua pihak. Aku takut akan menyusahkan ibubapa aku sekiranya apa-apa terjadi nanti. Walaubagaimanapun cuaca hari itu yang kelihatan mendung yang pekat likat, aku cuma beranggapan perhimpunan itu tak berlaku.
Aku terus ke KLCC dan bertemu wani, untuk sessi fhotografi kami. Ini adalah sessi fhotografi aku bersama Fuzuri-san ditemani Hazman. Sessi bermula kira-kira pukul 5 ptg dan berakhir kira-kira 6.30ptg. Sessi yang pada mulanya sepatutnya disertai Along namun atas beberapa sebab tertentu tidak dapat hadir. Lokasi fhotografi seperti biasa sekitar Taman KLCC yang bermula di Burger King (Lunch) terus ke taman berdekatan KL Convention Centre. Model kali ini ialah cik PinkDrops, wani. Terima kasih diucapkan kerana sudi menjadi model fhotographer begineer seperti kami.
Komen Terkini