Reunion Raya

Setelah sabtu berlalu bersama-sama gelombang kuning, ahadnya aku ke KLCC lagi untuk menyertai Reunion Raya ex-coursemate aku. Walaupun aku tau kedatangan takkan sepenuhnya kerana masing-masing mempunyai komitmen masing-masing. Seawal pukul 11pagi aku telah sampai di KLCC dan menuju ke Taman KLCC. Kami akan berpiknik potluck tetapi aku datang dengan tangan kosong bersama Erika semestinya.
Sampainya di tempat piknik, beberapa member lama aku lelaki dan perempuan tengah menghidangkan beberapa menu utama. Antaranya, Bihun goreng, nasi goreng, lemang, nasi impit, rendang ayam, dan juga satu bucket KFC. Setelah mensarapankan diri aku pun terus beraksi bersama Erika. Aku akui aku masih kekok dengan Erika, aku perlukan lebih masa bersama Erika bagi menserasikan diri aku dengan dia.
Tetamu VIP kami ialah 2 orang bekas pensyarah kami yang agak rapat dengan kami semua, Cik Zalili dan Cik Ani. Mereka tiba agak lewat tetapi kami menunggu dengan sabar diselangi borak-borak antara member kerana lama tidak bertemu. Dengan kehadiran Cik Zalili dan Cik Ani, akmi terus berbual-bual sambil menikmati hidangan yang ada. Sekali-sekala mereka bercerita mengenai pengalaman mereka yang sedang menuntut di Jepun. Sememangnya jepun merupakan satu negara yang aku respek, dari segi etika kerja dan kemajuan teknologinya dan juga awek-awek yang kawaii.
Aku terpaksa pulang awal kerana ada beberapa kerja perlu diselesaikan. Kepada mereka semua (terutama perempuan) yang menyediakan makanan pada hari itu terima kasih, hidangan itu memang superb. Kepada semua yang hadir silalah menghadirkan diri lagi di majlis anjuran kita semua. Kepada yang tidak hadir, next time pastikan anda dapat melihat aku dan Erika beraksi. Anda pasti akan lebih popular. Sekian, sayonara….
Oh ya, aku beli lens dari bali ari yang sama event ini berlangsung di KLCC, Tamron 55-200mm .
Klik pada fhoto untuk besarkan.
This entry was posted on Wednesday, November 14th, 2007 at 11:51 am and is filed under Kehidupan. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.




Mohd Ismail November 14th, 2007 at 1:15 pm
woiiiii! ko da ade zoom lens.. woiii!