Blog Kumbang-Kumbang Bertenggek Riang
Pesta konvo U

Yoss…sudah tiba masanya, setiap universiti akan mengadakan pesta konvo bagi meraikan pelajar-pelajar yang bakal bergelar graduan. Mungkin ini adalah antara event yang sesuai untuk dijadikan training ground bagi aku seorang newbie dalam fhotografi ini. Minggu lepas iaitu pada hari Sabtu 24/11/2007 aku menghadiri Pesta Konvo UiTM Shah Alam bersama-sama Fuzuri-san dan beberapa orang rakan-rakan yang lain. Tujuan aku hanya satu, merakamkan detik-detik konvo mereka di samping mengasah skill.
Dan minggu depan pada 1/12/2007 aku sekali lagi akan ke pesta konvo, dan kali ini adalah Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang (UMP) formerly known as KUKTeM, iaitu Universiti aku dulu. Ya, aku adalah bekas graduan Kolej Universiti Kejuruteraan Dan Teknologi Malaysia yang kini lebih dikenali sebagai UMP.
Ini merupakan majlis konvo yang kedua dan juga merupakan pesta konvo yang ke-2 setelah aku menjadi batch pertama. Kali pertama pesta konvo diadakan di Berjaya Megamall Kuantan, ya agak pelik bunyinya kerana pesta konvo diadakan di kompleks membeli belah. Ini adalah kerana kampus utama UMP belum siap lagi dibina dan buat masa ini UMP beroperasi di tapak MEC, Gambang. Kali ini pesta konvo diadakan di Kuantan Parade pula dan aku mungkin akan menjaga booth Alumni UMP. Mari ke kuantan untuk berkonvo bersama-sama aku.




Fhoto-fhoto ini hanya sekadar suka-suka bukan untuk nilai-nilai komersial. Fhoto-fhoto ini dirakamkan dengan lens Tamron 55-200mm.
| Print article | This entry was posted by OmarBahrin on November 26, 2007 at 3:40 am, and is filed under Hobi, Kehidupan. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |
about 4 years ago
bangsat bangsat..bile aku nk kena nombor ekor ni,..nk sambar satu gakkkkk
about 4 years ago
haha tu dia. Sudah ada gambar perempuan ditembak dari jauh. keep it up! hahahah
about 4 years ago
anul, pakai kad kredits aaa…ada brani?no ekor haram aa…berdosa..
about 4 years ago
bali, training beb…byk gegar2 lagi gamba ni… tgn ketaq..
..monopos satu…
about 4 years ago
izin’kan aku memberi komen untuk gambar2 ko..
Gambar 1 – Gambar robot2 itu seperti hilang titik fokus.. gambar robot2 Beck kat Flickr dia boleh dijadikan rujukan..
Gambar 2 – Gambar potrait yang kool, tetapi ada sedikit distraction dikiri kanan gadis tersebut.. crop kasi buang ;p
Gambar 3 – Kool! Mood kegembiraan yang jelas. Ada no phone awek tu?
Gambar 4 – Terlalu banyak objek. Seperti gambar 1, titik fokus sedikit terabur.
Gambar 5 – Aksi kanak2 yang molek, dan lebih molek kalo ko applu Rule of Third kat sini..
kita sama2 belajar… komersial atau tak itu belakang kira..
about 4 years ago
ha… aku teringin sebenonya nak pegi.. adik ipar aku pun ada meniaga kat sana… alahai xde kesempatan la pulakk…
about 4 years ago
MohdIsmail, thanks 4 da komen…wakakak.. tepat semua itu…aku tggu org nk komen2 gamba2 aku kt sini… hahah.. semua gamba ni aku malas nk edit lebih2 selain resize shj..
about 4 years ago
shutterspeaks, yeke…kalau x mesti nampak ko kt sana kan???
about 4 years ago
pergh, mail tegur gambar org. aku nak tegur gambar ko jugak la mail kat blog ko. ahahhaa…
gamabr robot aku shoot, dgr gambar omar ni, takleh dijadikan contoh untuk dia. sbb gamabr yg aku shoot, lighting dia terkawal dan disetup. yg omar amik ni, natural surrounding light. so byk beza dia…
hehhee… rentikan la shoot gambar candid awek awek ni, aku muak siut…
about 4 years ago
wahh.. ramai nyeh pengkomen gamba kat page omar neh.. nak jugak!!! Para peng komen, jemput2 lar ker blog saye yer.. heee ;P byk gamba2 yang lemau disane utk dikomen
about 4 years ago
gambar robot tu sebenarnya ditangkap tanpa fokus pon…mmg ternyata aa sedikit blur..aku takut mamat gerai tu marah2 tgkp gamba robot die…
hehe..beck..tu saje nk test n praktis lens baru…aku cari objek jauh2..tu yg sedap mata memandang tersnap aa..next time tak buat daa..:p
about 4 years ago
aku takde nak banyak komen la…sebab yang ni sume gambar2 kandid…tapi kalau boleh jaga cropping dan distracting elements kire dah ok la…aku pun bukan hebat sangat, DSLR pun takdak…tsk, tsk…pengalaman berdasarkan bahan bacaan dan mainan2 pinjam semata-mata…
about 4 years ago
ikmal, stuju ngn ko..smua kandid…seboleh mungkin aku nk jaga mende2 yg ble mengganggu…ternyata 200mm tak cukup..ahahha tgh pk 500mm lak nih
about 4 years ago
500mm? jadah. 300mm je… atas dari tu, bersedialah mengeluarkan wang lebih mahal dari kamera ko…
about 4 years ago
hahahah kata-kata cuma…bukan betol pon…300mm ka…huhuhu malas aa yg ade USM tuh…70-300mm
about 4 years ago
gamabr awek lagi please!! ahaha
about 4 years ago
mixter, hahaha…rekues gamba awek ek…huhuh kena pikirkan balik..
about 4 years ago
USM tu takde penting pun, melainkan ko kaki autozoom. kalau selalu manual, takde masalah nye… nak lens murah, cari sistem SLR lama org tolak, selalunya ada lens lama yg best bundle sekali ngan sistem…
about 4 years ago
ahaha, autofocus, silap. bukan autozoom…
about 4 years ago
beck, oooo…tu guna USM …tp IS penting kan utk tgn2 yg ketaq…
about 4 years ago
nice photos..
about 4 years ago
argh,bestnya konvo..aku mahu konvo berkali-kali. Tunggulah aku sambung master nanti,hehehe
about 4 years ago
naper jubah dorang lagik best dr kiter nyer?….x aci..x aci…