_img_3462.jpg

Bersempena dengan konvokesyen hari tu, aku datang bersama-sama member yang lain dengan berbagai tujuan dan antaranya untuk meraikan maui yang juga berkonvo pada ari itu. Selepas selesai konvo dan meraikan maui, kami bermakan tengahari di restoran di Teluk Chempedak atau lebih popular dengan panggilan TC. Sungguh menarik panorama di TC walaupon di tengah hari ketika itu dan sayangnya Erica pada masa itu merajuk. Habis bateri. Jadi menu tengahari adalah Sup Cendawan, Kangkung Goreng Belacan, Telur Dadar, Daging Masak Merah dan Ikan Kering Potong, opss…nasi kosong skali ek.

Sungguh berselera makan beramai-ramai, opss lupe nk kenalkan, maui, alim ayub, boy,mat nor dan husnee. Malam itu kami ke benteng, melepak sambil alim dengan boy nak memancing katanya. Tapi sebelum itu acara kemuncak, makan malam di Tanjung Lumpur. Oh ya, kepada sesiapa yang tidak biasa ke Kuantan dan ingin ke sana jangan lupa untuk ke Tanjung Lumpur kerana disinilah terletaknya banyak gerai-gerai makanan laut (seafood) yang segar dari laut. Konfem puas ati weh, disinilah biasanya duit PTPTN kami habiskan, berbaloi laa dari membazir buat mende lain kan. Habis dekat RM170 gak lak malam tu, tapi berbaloi beb makan bertujuh, kongsi-kongsi dalam RM20 lebih jek sorang.

Selepas itu baru ke benteng, melepak-lepak tengok kereta show speaker sampai kena halau dengan patrol car…wakakakak… sibbaik aa tak kena tangkap semua tuh, kalau tak mesti terlibat beb. Seperti yang dijangkakan, di benteng ni amat susah nak dapat even seekor ikan pon, memang susah nak dapat lesen kat sini menurut maui. Kesudahanya setelah bosan dan kecewa kami bergerak ke Snooker, hehe.. aku temankan rahmat mengambil barang di Terminal Makmur. Setelah itu aku dan lain-lain bergerak ke Hotel Bersatu untuk tidur dan berehat.

_img_3472.jpg

_img_3474.jpg

_img_3507.jpg

_img_3520.jpg

_img_3547.jpg

_img_3580.jpg

_img_3578.jpg

Comments

Powered by Facebook Comments