
Inaalilla wa inalillahirajiun….Takziah kepada Beck a.k.a Fendy Zaidan atas kepulangan ayahanda tercinta ke rahmatullah awal pagi semalam. Sama-sama kita sedekah’kan Al-Fatihah kepada arwah & semoga roh’nya tenang di’sana. Beck, be strong ok… Salam takziah… Al – Fatihah
PC Fair 2007 kini sudah tamat, peristiwa yang selalunya diadakan 4 kali setahun iaitu pada April, June, Ogos dan Disember kini telah tamat bagi tahun 2007. Seperti biasa PC Fair yang terakhir tahun ini, diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) dan aku juga berada disana pada hari terakhirnya. Apa yang aku cari di PC Fair kali ini adalah seperti biasa, apa gajet terbaru dan apa teknologi terkini yang diperkenalkan. Sesungguhnya aku merasakan PC Fair yang diadakan di PWTC suatu masa dulu adalah lebih meriah dan kadang-kala aku berharap ia akan ditukar semula ke PWTC. Tapi aku rasa tak mungkin kerana KLCC lebih luas berbanding PWTC.
Dari pemerhatian aku ada dua pembaharuan ataupun dua jenis produk yang menonjolkan diri julung-julung kalinya iaitu berbagai-bagai Global Positioning System (GPS) dan wireless broadband yang bermacam-macam jenis. Aku tak mengambil kisah sangat dengan GPS ini, kerana aku masih merasakan aku tidak memerlukannya lagi dan kali ini baru aku rasa GPS ni mengambil bahagian dalam PC Fair. Bagi broadband pula, aku memerhatikan kemunculan broadband wireless baru iaitu P1 dan aku cuba mengetahui apa bezanya mereka ini dengan Maxis, Celcom dan lain-lain.
Aku meminta penerangan berkenaan khidmat jalur lebar P1 ini dan amoi P1 Ternyata penerangan amoi itu kepada aku amat mengelirukan dan menyebabkana aku terpaksa bertanya bermacam-macam. Pada mulanya dia mengatakan tanpa apa-apa device atau alat tambahan kita mampu online di tempat tertentu, dan ini menegelirukan kerana aku pernah menggunakan Maxis Broadband, Celcom broadband pula aku ada lihat iklan di tv, dan keduanya mempunyai modem usb. Kemudian barulah aku paham P1 ini menggunakan access point (AP), jadi dengan menggunakan wireless card di laptop anda, anda boleh scann wireless P1 di tempat-tempat tertentu. Anda akan dibekalkan username dan juga password.
Tetapi seperti biasa, masalah coverage yang masih tidak meliputi setiap tempat sesungguhnya kelemahan nyata. Sehinggakan Lembah Klang pon tidak diluputi sepenuhnya dan sekiranya anda berminat anda akan dapat 2 bulan percuma tanpa bayaran dan perlu menandantangani perjanjian kontrak selama 12 bulan untuk menggunakan servis ini dan 24jam jaminan wang kembali. Hanya 14 kawasan yang anda boleh gunakan perkhidmatan P1 ini , wah..14 kawasan ya bukan 14 negeri.
Sekian sahaja laporan PC Fair 2007….







Emmm..P1 tidak meluas lagi..susah juga pakai sekarang ni..
gambar amoi! mahu gambar amoi!
amoi!
mrozaidi, mmg x meluas…susah aa cari makan…
mohdismail, amoi berinteraksi ngn kamera mahal dengan gembira…wakakak..smua posing tgk kamera aku weh..
pergh amoi. aku takleh amik gambar amoi sebab nanti teman wanita aku marah haha
bali, awek ko marah ke?sbb ko niat tak betul kot …sbb tu dia marah…ajjajajaja
termakan aku dgn amoi maxis utk beli broadband…hehe
chot, ok jek broadband tu…tp tgk laa yg mane satu ko amik.