
Kita berbincang tentang masa depan, apa yang aku nak jadi?, apa yang aku rancang?, apa hala tuju aku?, dan dimana aku pada masa depan?. Banyak persoalan yang bila tiba masa dan detiknya aku akan berbincang dengan diri sendiri, selalunya aku ada teman-teman yang boleh dibawa berbincang. Maksud aku, selalunya aku akan berbincang atau pon berkongsi masalah dengan teman-teman rapat aku. Tapi sekarangnya ni , semua ada komitmen sendiri dan aku pon rasa aku sendiri tak mempunyai masa yang cukup untuk kawan-kawan aku.
Aku tau teman-teman rapat aku sekarang juga ada masalah mereka sendiri dan buat masa sekarang mereka merasakan mereka boleh mengatasi semua masalah itu. Tapi aku cuma berharap jangan terlalu memaksa diri, sekiranya tak mampu untuk menghadapinya sendirian silalah berkongsi dengan aku. Aku mungkin bukan seorang penasihat yang baik, tapi aku rasa aku adalah seorang pengdengar yang baik.
Aku ingin menjadi seorang Software Developer yang berjaya suatu masa akan datang, dengan gaji yang lumayan dan setimpal dengan kerja yang aku buat. Seringkali aku pikirkan mengapa setiap dari kita diberikan peluang dan rezeki yang berbeza. Dan apa yang aku dapat simpulkan, semua yang terjadi ada hikmahnya. Kerja aku yang aku rasakan gaji tidak setimpal dengan tugas-tugasnya, sedangkan ada kawan-kawan aku yang hidup dengan gaji yang 2-3 kali ganda dari gaji aku. Tetapi aku tau, semua ini akan menjadikan aku lebih tabah dan kental dalam meneruskan hidup ini.
Tak semestinya dengan gaji yang banyak, cukup untuk kita hidup mewah. Satu perkara yang aku pelajari dari pengalaman ialah semakin banyak duit yang kita dapat, semakin banyak duit yang akan kita belanjakan. Ini sebenarnya aku, pengalaman aku dalam menangani duit. Tapi sebenarnya aku dapat lihat hasil titik peluh aku, gaji aku dengan membantu keluarga, sedikit barang-barang kepunyaan seperti moto, Erica dan lain-lain. Yang sedang aku tunggu dan nantikan ialah keretaku sendiri.
Seperti teman-temanku yang lain, impian seterusnya ialah memiliki sebuah keluarga sendiri, iaitu isteri dan anak. Tetapi aku tidak menjangkakan dalam 2-3 tahun ini perkara baik ini akan berlaku. Aku masih memerlukan sedikit masa untuk keluargaku. Aku menulis disini supaya sekiranya aku berubah suatu hari nanti, aku akan sedar semula dan kembali ke pangkal jalan. Banyak perkara yang berlaku sejak akhir-akhir ini yang banyak memberi impak, samada kecil ataupun besar. Perkara itu juga yang membuat aku makinn banyak berfikir sehinggakan aku merasakan aku memerlukan percutian bagi menghilangkan segala tekanan yang aku serap sekarang.
Apapun yang aku tau, hala tuju aku pada masa depan adalah untuk menjadi lebih berjaya dan berjaya dalam membantu keluarga serta berjaya dunia akhirat. Kawan-kawan semua, doakan aku. Amin.



Kadang2 orang yg banyak duit tu x bahagia,hati x tenteram berbanding dgn org yg kekurangan duit yg lebih bersyukur dgn nikmat-Nya. Fikir2kan
software developer ek? hehe.. semoge bejaye insyaallah..
dulu..
aku becite2 nk jd software engineer..
tp kesudahannye buat kerja2 web design dan sekarang jd trainer… haha.. walopon becanggah ngn cite2.. tp bagosla.. sekurangnye mcm2 boley belajar..
munken lepas ni.. aku nk retired..
nk buat freelance brgkali.. nak betumpu ke fotografi sepenoh mase. sbb passion aku di situ.. dan lg pule.. aku nk dptkan balik pulangan modal dlm pelaburan membeli haramjadah lens beriban-riban ni. :p
fami, riban2 lens?uiks…ade L clas lens ke?ble pinjam..wakakaka
Huhu.. Betul. Lagi Banyak Gaji Lagi Pening. Oleh Itu Biarlah Sikit Gaji.
Qai, huhu..tapi kalo gaji kecik…pon penin gak…huhuh..tatau
semoga impian ko tercapai bro…
gaji besar lak baru best..
chot, tq..hopefully aa…
mrozaidi, hahahah btol2…gaji besar..tangguijawab besar baru sepadan…wakakak.
setiap orang x lari dari risau ntuk masa depan.. mak ayah kita bukannye datuk datin yang akan tinggalkan banyak harta untuk kita…
mampukah kita berjaya dan merealisasikan harapan… semoga Allah memudahkan perjalanan kita semua dan terus memurahkan rezekinya….
Amin n all the best buat ko edt,,
[...] please let me know 9. Mirakimura – get cheap reload card with mobile money (im using redtone) 10. Omar Bahrin – Be a good friend, great father and brilliant [...]