Review Pantas 281207

 eom.jpg

Aku mencuri sedikit masa atas tekanan dalam menyelesaikan beberapa programming problem dengan menulis Review Pantas ini. Sekali sekala sedang berprogramming, otakku perlu direhatkan seketika dengan aktiviti yang ringan-ringan seperti ini.

1. Benazir Bhutto terkorban dalam satu lagi serangan berani mati yang memang disasarkan ke atasnya. Ini merupakan serangan kedua setelah Benazir pulang dari buangan. Masih bodoh dan pendek akal bagi sesetengah manusia ini, menyelesaikan masalah dengan kekerasan, kekejaman, dan sebagainya. Persoalannya, terselesaikah masalah anda?

2. Manchester United merampas takhta English Premier League (EPL) dari Arsenal setelah mengalahkan Sunderland 4-0 dan Arsenal gagal dalam usaha mengekalkan takhta EPL sekadar seri 0-0 dengan Portsmouth. Chelsea pula berdepan dengan masalah pemain, setelah ramai pemain utama cedera, perlawanan menentang Aston Villa, mengundang keresahan setelah 2 lagi pemain Chelsea di’hadiahkan’ kad merah. Menambah kuantiti pemain yang tidak boleh bermain, tapi jangan bimbang ramai lagi pemain berbakat. Liverpool menang 2-1 hasil jaringan minit akhir Steven Gerrard.

3. Malam esok bersamaan 29 Disember berlangsung satu lagi event bertaraf dunia iaitu World Drum Festival 2007 iaitu dari 29 hingga 30 Disember 2007. Berlangsung di Dataran Merdeka dari pukul 8.30 malam dan ianya disertai oleh Enggar & Associates – Indonesia, KOTTSU – Japan, Pathun Thani Nantamuneebamroong School – Thailand, Diplomats of Drum – Malaysia, YAWA Eco Drum Circle – Malaysia, The Trinity Collage, Kandy – Sri Lanka, dan Rhythm Masala – Singapore. Kemasukkan adalah percuma. Aku mungkin akan berada di sini pada 29hb ini.

4. Era pengiklanan digital semakin canggih dan berbagai-bagai pilihan, sebelum ini wujudnya Goggle Adsense, Adverlets dan nuffnang kini muncul pula Nufflets. Aku sudah pon sign up dan katanya anda bakal mendapat USD15 setelah mendaftar, aku sudah letak diblog ini pon. Tetapi dari segi namanya seolah-olah Nufflets ini adalah hibrid antara nuffnang dan advertlets. Tapi entahlah, kita cuba dan tunggu hasilnya.

5. Sempena Tahun baru ni, TV3 ataupun lebih tepat Media Prima, menganjurkan Konsert Di sisimu. Aku terpikir untuk ke sana kerana ianya diadakan di Stadium Shah Alam. Dekat, dan kalau jammed pon taklah jauh sangat. Mari beramai-ramai ke sana.

 

8 Responses to “Review Pantas 281207”

  1. chot says:

    nampaknya MU xakan menoleh ke belakang lagi..hehe

  2. famia says:

    mane pikcer world drum festival??
    letak la.. kempunan aku nk usha..
    x dpt gi..
    sob sob sob..

    p/s: aku sampai umah nak dekat kol 10.15 mlm smlm.. sadis lansong.

  3. OmarBahrin says:

    fami, ko sebagai penganjur…failed langsong…sibbaik ade 2-3 org membe…kalo tak keras beku aa aku.

    Gambar drum x banyak sangat coz jauh…x nampak..aku xde lens 70-300mm mcm ko.. huhu..ade gambar Bgnn area Dataran Merdeka jek.. :P

  4. kawan!! happy new year!!!

  5. OmarBahrin says:

    mell…happy new year…

  6. Mohd Ismail says:

    aku suka theme baru ko.. nampak macam, blog… he he

    *pegi gak ko ye ke drum festival tu..*

  7. omarbahrin says:

    mail, aku gik…tp kurang bermotivasi…hahah thema ni baru nampak cam blog ek…cess..sblm ni nmpk mcm ape????

Leave a Reply



7 visitors online now
7 guests, 0 members
Max visitors today: 7 at 12:14 am MYT
This month: 26 at 07-06-2010 02:20 am MYT
This year: 39 at 02-26-2010 11:49 pm MYT
All time: 39 at 02-26-2010 11:49 pm MYT