melaka-copy.jpg

Wah, sudah masuk hari ke-2 dalam tahun baru yang seringkalo tersalah sebut 2007 …eh..2008 ..mungkin sebab belum biasa. Seperti biasa 2007 berlalu dan muncul 2008 dan pada awal2 tahun ini semua orang akan bertanya atau menyatakan apa azam mereka untuk 2008 ini. Seperti biasa aku tidak ada azam pada setiap awal tahun seperti tahun-tahun lepas. Jika orang bertanya, aku akan nyatakan secara global, “aku mahu berjaya, dan aku maju terus bergerak ke hadapan”.

Secara spesifiknya aku pernah membuat azam, namun apa yang ironinya aku tidak mampu menunaikannya dan ini amat mengecewakan. Maka secara teorinya semuanya azam-azam itu aku tukar kepada cita-cita dan target aku dalam hidup supaya aku akan terus berusaha untuk mengecapinya. Tidak seperti azam, jika tahun lepas azam itu tak berjaya dikecapi tahun ini azam baru bermaksud azam tahun lepas tidak akan dikecapi pada bila-bila. Ada juga yang bijak, carry foward untuk 2008 segala azam-azam ditahun lepas yang belum tercapai. Tak kesahlah apapun yang penting semoga semuanya berjalan lancar untuk 2008 ini dan sehat-sehat sentiasa.

Dengan ini OmarBahrin mengucapkan Selamat Tahun baru 2008 kepada semua pengunjung, rakan-rakan dan para blogger. Semoga 2008 membawa kegembiraan dan keajaiban dalam hidup kita semua.

Comments

Powered by Facebook Comments