Blog Kumbang-Kumbang Bertenggek Riang
To Jelebu with Love.

Rabu lepas, aku ke Jelebu untuk sessi menganalisis site untuk pemasangan CCTV. Muzium Adat Jelebu kira-kira 2 jam perjalanan dari Subang Jaya. Sememangnya menarek muzium ini kerana didalamnya terdapat perlbagai barangan menarik dan unik yang dipamerkan. Muzium ini akan dirasmikan pada Sabtu ini 2hb Febuari 2008 yang sepatutnya pada tarikh ini aku wajib hadir di tempat kejadian. Namun kerana aku telah merangcang untuk Photo Hunting Kuala Selangor, kawan aku akan wakilkan aku. Diharap sepeninggalan aku, tiada sebarang masalah bakal dihadapi oleh mereka.
Malam tadi aku ke Laundry Bar, Curve Damansara, bersama-sama man, dan aku telah berjanji dengan beberapa orang rakan. Yang dijangka hadir ialah Ainijasmine, shaq, cik stoberi, ikmalibrahim, along dan akhir sekali ialah hellmy yang memberitahu akan hadir lewat sedikit. Ini adalah pertemuan pertama aku dengan cik stoberi a.k.a edriaty yang selalu aku dan shaq buli di alam maya. Sungguh peramah, dan juga best dibuli secara nyata dan terang (jgn marah). Kelihatan ketika sampai disana, terlalu ramai manusia hadir sehinggakan tidak muat laundry bar itu. Kecewa dengan keadaan ini, kami dengan berat hati dan kecewa bergerak ke kedai Teh Tarik untuk minum sambil bersembang-sembang. Hajat untuk menyaksikan Oh Chentaku beraksi ditolak ketepi sambil memikirkan dimana persembahan mereka selepas ini. Ternyata band-band yang sudah mencipta nama bakal memberikan masalah gig kecil-kecilan ini. Aku merasakan kehadiran peminat Meet Uncle Husin yang menyebabkan terlalu ramai manusia seperti yang dihadapi di MCPA ketika Hujan beraksi.
Apa-apa pun malam ini tetap menarik kerana kami telah berjaya berkumpul sambil menambah rakan-rakan baru iaitu cik stoberi dan en.din.
| Print article | This entry was posted by OmarBahrin on February 1, 2008 at 2:40 am, and is filed under Kehidupan, ReaLiTy. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |
about 4 years ago
rajinnye membanyakkan members..
syia kalau jumpe orang yang kenal kat online je sure segan
about 4 years ago
mana gmba,dude!
about 4 years ago
Selamat Berfhoto Hunting. Apebende Ek Photo Hunting Tu Sbnanyer?? Hehe..
about 4 years ago
cam best je muzium adat.
about 4 years ago
oma mcm biasa, dia xkan upload gamba.
maka bersabar la cik stoberi ;P
tralala~
nice new font kat tepi gamba tuh, ma.
sangat pro daaaa~
about 4 years ago
along, da edit gamba tu..x sempat nk up jek…kena gik jelebu lagi ..huhu