img_6843-copy.jpg

Selamat menyambut Valentine, kepada sesiapa yang menyambut. Seperti tahun sejak aku dilahirkan sehingga kini, aku tak pernah merasakan keistimewaan menyambut Valentine. Lagipon kawan-kawan aku kata jangan sambut Valentine, huhu..tapi yang sebenarnya aku pernah cuba sambut valentine kira-kira 6 tahun lepas, tapi bukan seperti yang aku jangkakan. Biarlah semua itu menjadi sebahagian daripada memori hidup aku, sebagai pengalaman hidup aku.

Hidup ni kadangkala kita lihat seperti tidak adil pada diri kita. Yalah, kenapa kita tak kaya, tapi anak orang kaya tu kaya?kenapa aku gemuk?tapi mamat tu tak gemok?kenapa aku ada blog ni tapi mamat tu takda? Kenapa mamat tu dapat apa yang aku nak, dan aku tak dapat apa yang aku nak?dan kenapa pastu senang-senang dia buang apa yang dia dapat, sedangkan aku tak dapat pun apa yang dia buang. Secara warasnya kita berfikir mengikutkan emosi, sekiranya apa yang aku tulis diatas itu yang aku fikirkan. Biasanya bila benda dah takda kat depan mata barulah kita rasa kehilangan sesuatu yang berharga. Tapi seperti biasa juga, sudah terlambat.

Kita terus kepada tips-tips bagaimana untuk melayan pasangan anda dengan cara yang sebenarnya.

1. Sentiasa tatang dan jaga kesihatan dia, sentiasa concern keadaan sekeliling samada hujan, panas terik dsb.

2. Berikan tempat duduk yang selesa ketika keluar dan sentiasa pastikan dia selesa.

3. Sentiasa berusaha untuk memberikan atau menghadiahkannya aksessori yang mahal-mahal dan menarik.

4. Bila waktu terluang, sila abadikan setiap saat yang ada untuk membelai dan menyayangi dia, sentiasa pastikan dia bersih dan cantik dipandang.

5. Berkorbanlah apa saja untuknya kerana akan tiba satu masa dimana dia akan berkorban untuk anda.

Terima kasih kekasih terangku, erica. Kau akan lebih terang lagi jika Speelite EX580II berjaya aku hadiahkan kepada kau.

p/s – ada persamaan layanan yang harus diterima oleh erica dengan pasangan valentine anda.

Comments

Powered by Facebook Comments