Blog Kumbang-Kumbang Bertenggek Riang
Hati Kusut

Minggu ni penuh cabaran, tekanan, dan karenah. Hidupku penuh warna-warni dan corak-corak yang abstrak yang kadang-kala aku sendiri tak memahami. Hidup juga kadang-kala terselit beberapa kebetulan yang menarik dan menambat hati. Kadang-kala kebetulan itu tidaklah menarik mana, dan ianya menyusahkan. haih…
Pelbagai cara boleh dilakukan untuk mengatasi ketensionan dan tekanan yang hadir berbuku-buku dalam diri ini. Ada yang memilih jalan mudah dengan melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah dan kadang kala membahayakan diri. Sebelum melakukan sesuatu itu sila fikirkan family anda, kawan-kawan anda dan mereka-mereka yang sayang pada anda. Masih ramai lagi dalam hidup anda semua yang memerlukan anda, jadi berfikirlah secara bijaksana. Bak kata kawan-kawan aku “Kadang-kadang kebijaksanaan yang melampau-lampau akan membuatkan anda kelihatan amat bodoh”.
Aku memerlukan sesuatu kelainan dalam hidup ini sekarang setelah lebih 2 tahun berkerja mencari pengalaman hidup tanpa memikirkan sesuatu yang lain untuk diriku. Kemungkinan aku akan menghilangkan diri 2-3 hari, seminggu, sebulan, setahun terpulanglah. Menghilangkan diri bukan bertujuan melarikan diri dari segala masalah cuma mengambil masa sedikit untuk berfikir dan membuat beberapa keputusan penting. Di harap sekembalinya dari “kehilangan” aku, semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang.
Beberapa kawan aku meminta untuk menjalankan test terhadap satu blog yang bakal dibuka pada ramai yang konsep awalnya seperti tempat meluahkan perasaan dan berkongsi-kongsi pendapat dalam menyelesaikan masalah mereka. Blog baru ini dibawah hosting aku dan menggunakan subdomain di bawah aku. Blog ini tiada kena mengena dengan aku. Sila lawati LUAHAN. Sekian
| Print article | This entry was posted by OmarBahrin on February 18, 2008 at 1:03 am, and is filed under Kehidupan. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |
about 3 years ago
ye…
saya jugak kusut.. =(
about 3 years ago
oke..sama2 kusut..sama release tension k ..