Blog Kumbang-Kumbang Bertenggek Riang
Archive for March, 2008
Al-Fatihah…
Mar 28th

Malam tadi tengah malam, aku dikejutkan dengan berita terkejut. Ayah kepada one of my bestfren meninggal dunia. Diri sedikit terkesima. Allahyarham agak rapat dengan aku, seringkali menasihati aku setiap kali bertemu denganku dan aku agak segan dengan layanannya. Aku dah anggap family ni , family angkat aku. Semasa konvo ketika parents n family aku tak dapat hadir, merekalah yang menghulurkan tangan memberikan kasih.
Ridzuan Abd Rajak, maafkan aku sekiranya aku tidak dapat bersama kau disaat kau memerlukan dan aku harap kau memahami keadaanku. Takziah pada engkau Ridzuan atas pemergian ayah engkau, semoga kau semua tabah dengan hari-hari yang mendatang dan semoga aku terus berada di landasan yang sebenar. Semoga Allahyarham di tempatkan dikalangan orang-orang yang soleh. Amin. Al – Fatihah…..
Aku kembali.
Mar 26th

Lebih dari seminggu blog aku tanpa kemasan terkini, aku dalam perancangan untuk menukar template blog ini. Mungkin sudah terlalu lama dengan template ini aku semakin bosan. 2-3 minggu kebelakangan ini aku mula berjinak-jinak bersama Judo mengambil job pertunangan dan perkahwinan. Aku dan judo juga semakin serius dalam bidang ini, dimana kami akan teruskan sehingga hasil kerja kami diterima dan diakui oleh orang ramai.
Satu majlis pertunangan, Jaja & Fairuz di Taman Endah dan satu majlis perkahwinan di Dewan JKR berdekatan Taman Tasik Perdana, Sayuti & Ayu, banyak mendedahkan aku tentang dunia sebenar bidang yang aku ceburi. Sememangnya pengalaman menjadi Official Photographer (OP) ini memang ditunggu oleh aku. Sekarang aku dalam proses untuk membuat contoh custom album dan terima kasih kepada Rahmat kerana sentiasa menyokong karier yang aku ceburi dengan cuba mencarikan pelanggan untuk aku dan juga dana. Fhoto-fhoto sekitar majlis yang aku hadiri akan aku paparkan sedikit hari lagi, dan hari ini aku ke Putrajaya menghadiri satu taklimat tender.
Aku on Hiatus???
Mar 17th

Bukan hiatus pon blog ni, cuma sekarang dalam keadaan yang agak memeningkan. Takda mood dalam buat apa-apa, kerja juga sedikit slow, motivasi kerja kurang, mood nak shooting pon kurang. Hujung minggu kali ini tiada apa-apa performance, tiada gigs, tiada majlis pertunangan, tiada majlis perkahwinan dan tiada apa yang menarik. Tahniah kepada Judo atas wujudnya custom album secara hardcopy yang memang menarik dan superb, teruskan usaha dan ini menyebabkan aku seperti mau membuat custom album aku sendiri tetapi mood tiada. Dapat kawan baru dan hilang kawan perkara biasa dalam kehidupan. Hilang kawan lagi perit dari hilang makwe atau pakwe, masa untuk sembuh juga makan masa yang sungguh banyak.
Sila suport dan komen blog ini, walaupun rasanya blog ini cuma syok sendiri tiada pengisian. Sila support flickr saya dan fotopages saya.
Voices@MMU Part II
Mar 13th

Komen Terkini