Blog Kumbang-Kumbang Bertenggek Riang
Skodeng Di Ulu Yam
Setelah merancang sepanjang minggu, akhirnya kali ini aku berjaya menghadirkan diri dalam siri reunion X-SMKUA2000. Seperti biasa erica akan menemani aku sepanjang perkelahan ini. Terima kasih atas ehsan kawan-kawan lamaku, Fariz yang awal pagi mengejutkan aku dan menjemput aku dari rumah. Tahniah kerana telah bertunang dan merancang untuk kahwin dalam masa yang terdekat ini. Kemudian aku, fariz dan tunangnya hawa ke rumah Norra di Kampung Dato’ Harun dimana sepatutnya disinilah meeting point kami. Namun malangnya anul, telah terlepak sehingga ke OU. Kami iaitu aku, fariz, hawa, norra dan iza bergerak untuk menemui Anul dan aweknya di simpang Ikea.
Tiba di Ulu Yam, kira-kira pukul 10-11 macam tu lah, terus mencari kawasan lepak yang sesuai dan membentang juadah untuk sarapan pagi. Terima kasih pada kaum Hawa kerana menyediakan hidangan yang sedap dan kreatif. Tahniah. Setelah mengalas perut dan snap sedikit fhoto, kami terus berendam dalam kesejukan air sungai itu sambil menggigil gamaknya.Setelah sessi pertama berendam dan sergurau senda berakhir, kami menyantap makanan tengahari pula. Sekali lagi keenakkan terasa, adakah memang betul makanan itu enak?atau kerana kelaparan setelah letih bermain air?hahaha.
Sessi kedua berlangsung tanpa melibatkan aku, dimana aku mengambil keputusan untuk mengambil fhoto mereka ketika sedang berperang dalam air. Kemudian kami ke OU untuk bermain boling, 3 on 3…tapi tak adil team aku dua orang perempuan (Hawa dan Iza) namum hampir menang ke atas mereka (Fariz, Anul dan Norra). Sempatku jemput stoberi untuk join namun tiada jawapan, tidur agaknya. Event kali ini berakhir dengan meraikan harijadi mereka yang lahir di bulan Mac, Iza dan anul. Tahniah dah cukup 25 thn sudah. Boleh kawen suda.
| Print article | This entry was posted by OmarBahrin on March 6, 2008 at 3:57 pm, and is filed under Event, Kehidupan. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |



about 3 years ago
nice blog and great sharing. (knowledge and story.)
about 3 years ago
besh nyer . huhu . ulu yam!!!
about 3 years ago
beshh!!! mestii sejukk gilerr
bro lawat laaa blog aku..
about 3 years ago
hahaha!!best kan outing..kan..ni first time ko join kitorg..
about 3 years ago
Masa kat UIA dulu, kalo nak mandi sungai, sikit2 Ulu Yam, sikti2 Ulu Yam. Bosan aku.
about 3 years ago
anul, best…lupe kejap hati kusut..
about 3 years ago
affuan, slalu pegi mmg busan..huhu