Archive for April, 2008

img_14140.jpg

Si Comel itu.

img_14140.jpg
Canon EOS 400D, 1/60, F4, Focal Length 108mm, ISO-100.

Sememeh, tengah makan satay besar dari Satay Hut, Tanjung Karang. Adik angkat aku,  Fiza usia 5 tahun.

Google ReaderGoogle+Blogger PostShare
clickherelq9.jpg

Plan Hujung Minggu.

clickherelq9.jpg

Hujung minggu datang lagi. Seperti biasa beberapa perancangan bagi menghabiskan masa lapang bersama erica akan di blueprintkan. Minggu ini agak kesuntukan masa kerana Sabtu ini aku kerja, dan ada testing di luar ofis yang semestinya akan mengambil masa lebih dari sepatutnya. Maksudnya aku akan kerja lebih masa secara sukarela pada hari Sabtu ini. So, sabtu plan malam tengok AF(wah…terlebey sudah…) dan ahad adalah hari dating bersama erica. Aku menjenguk-jenguk sebarang event yang menarik, mecari gig-gig yang mentarek hati dan akhirnya aku ketemu sesuatu yang dekat dan menarek.

Ahad ini ada IU Day, yang bermaksud International Understanding Days dianjurkan oleh pelajar-pelajar sebuah sekolah di US, Subang. IU Day ini aku ketahui dari neys yang juga antara orang kuat event ini. Antara isi kandungan event ini ialah ada band performances, booth dan art gallery, dan film screeening and poetry. Oh ya, poetry, Miss Fynn kurasakan akan perform tetapi akan ku konfemkan kabar tanah ini kemudian. Tapi masalahnya, tiket untuk masuk ini event kena booked awal dan bayar awal or di hari kejadian. Cuma tiada tiket dijual di tempat kejadian di hari kejadian. So, sila lah hubungi neys di nombor tertera untuk sebarang pertanyaan.

p/s – Aku mungkin akan kesana, dan aku perlukan partner in crime untuk smua kerja tak masuk akal aku ini. Buat mende ni kena teman…baru masyukkk!!!!

Google ReaderGoogle+Blogger PostShare
img_1361-copyy.jpg

Satu hari di IKIP.

img_1361-copyy.jpg

Canon EOS 400D, 1/640, 18mm, ISO 1600, F16

Minggu lepas adalah antara pemulaan bagi aku untuk terus dalam bidang yang aku minat. Segalanya bermula dengan kehilangan fhoto-fhoto selama ini. Minggu lepas aku ada site survey kat kolej lama aku masa study matrik dulu, Kolej Ikip. Terungkap kembali memori-memori percintaan di zaman matril dulu. Kami pelajar matrix KMP belajar di IKIP 3, Taman Gelora tinggal di IKIP 2 bagi pelajar lelaki dan perempuan pula berhampiran IKIP utama. Dulu apabila menyebut IKIP perkataan “di Kuantan” takkan tertinggal, kami akan menyebut “Kolej IKIP diKuantan”. Keadaan di IKIP 3, terletak betul-betul di tepi pantai mempunyai surau kayu yang sungguh lama, panas, oldskool. Tetapi biasanya kami akan ke Masjid berhampiran (pon terletak di pantai).

Fhoto diatas diambil di Kolej IKIP 3. :D

Google ReaderGoogle+Blogger PostShare
freeze_world_earth_day.png

KL Freeze Again?

freeze_world_earth_day.png
Poster kredit to Icednyior a.k.a Fiona yang femes.

Minggu lepas kita dikejutkan (sesiapa yang tatau terkejut) dengan KL Freeze Unison yang telah dilangsungkan dengan jayanya di Pavilion Kl. Kali ini Random Acts dengan kerjasama United Colors of Malaysia dengan permintaan dari HitzFM sekali lagi mengadakan Freeze KL bagi Hari Bumi Sedunia (World Earth Day).

Beku (Freeze) untuk : 5 minit
Beku (Freeze) pada : 8pm
Tarikh : Sunday 20th April
Venue : Sunway Pyramid

Kepada sesiapa yang terlibat pada KL Freeze 13th Mac kamu tahu apa yang perlu dilakukan, dan kepada sesiapa yang baru ini yang perlu kamu lakukan….

1. Synchronize masa jam anda sama dengan di www.RandomAlphabets.com

2. Berada di Sunway Pyramid pada 8pm. Buat macam biasa, buat kerja masing-masing. Kebanyakkan orang akan ke concourse area atau kawasan utama yang ditetapkan atau anda boleh menyebarkan diri anda di merata tempat untuk impak maksima.

3. Tepat pukul 8pm – Bekukan diri!!! (FREEZE!!!) .(Sila kreatif dengan pose anda ketika membekukan diri, anda akan dirakam dan ditayangkan di Youtube untuk bertahun-tahun akan datang.)

4. Bila tiba masa untuk UN-FREEZE, jika anda ingin menjerit, bersorak riang silakan. Jika anda hendak menyambung kelakuan anda seperti sebelum ini dan terus mengkompiuskan orang ramai yang lain silakan.

4. Then, enjoy ur day

Kenapa membekukan diri (Freeze) sempena World Earth Day??

Purata seorang pengunna, menggunakan kira-kira 2255 Watts kuasa, atau kurang dari 23 x100 Wattmentol. (www.wattzon.org)

Sekarang kita dapat lihat betapa banyaknya kuasa yang terbazir. Bayangkan jika kita dapat membekukan diri dari melakukan kerja-kerja harian selama 5 minit. Banyak nilainya yang dijimatkan untuk generasi masa depan.

Jika anda di rumah dan tak dapat menyertai kami di Sunway tak ada masalah. Sila padamkan smua tenaga dan kuasa yang anda gunakan di rumah selama 5 minit dan bekukan diri anda juga.

Jika anda ingin tahu mengenai menjimatkan kuasa dan tenaga sila ke www.wattzon.org. Well jumpa di sana.

Freeze For World Earth Day dibawakan oleh :

UNITED COLOURS of MALAYSIA
RandomActs
RandomAlphabets.com
hitz.fm

p/s – mari kawan-kawan, aku akan kesana ahad ini.

Google ReaderGoogle+Blogger PostShare
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes