Apa yang terlepas?

img_a9838.jpg

Minggu lepas minggu ke-2 dalam bulan April, dalam sedar tak sedar sudah hampir pertengahan tahun sudah. Pelbagai perkara berlaku pada tahun ini dan pada tahun ini baru aku merasakan hidup aku sentiasa dipenuhi pelbagai perkara yang indah-indah belaka. Namun ada perkara yang perit dan pahit yang terpaksa juga diredah dan menerima segala ketentuan-Nya.

Minggu lepas sabtu aku bercadang untuk ke KL BookFair yang bertempat di PWTC setelah hampir seminggu berlangsung, kalau tak silap aku lah. Namun setelah pagi itu berkerja petangnya hajat untuk ke BookFair gagal setelah hujan mula mencurah-curah ke bumi membantutkan hasratku. Ahadnya planning aku adalah untuk melawat PC Fair 2008 ini seperti biasa untuk melihat apa gadjet-gadjet dan teknologi terkini yang dibawa masuk ke Malaysia. Namun sedikit kekecewaan kerana tiada perubahan masih seperti PC Fair 2007 pada Disember lepas. Kurangnya awek-awek IT yang seksi dan kurangnya promosi produk-produk terkini. Terima kasih kepada bali kerana menginfom KL Freeze in Unison beberapa jam sebelum bermulanya. Namun aku mengambil keputusan untuk tidak menyertai kerana ingin ke PC Fair. Ternyata aku telah terlepas antara event yang menarek samada untuk di fhotokan ataupon untuk disertai.

Selepas ini ada charity gig pula di Segi College Kota Damansara 18hb ini, dan aku kemungkinan akan menyertai. Mari …

I-Care Charity Gig @ SEGi Kota Damansara

icarecharity.jpg

 

One Response to “Apa yang terlepas?”

  1. catzer says:

    Thn ni masa berlalu sgt pantas..kekeke..janji ko happy sudei

Leave a Reply



8 visitors online now
8 guests, 0 members
Max visitors today: 8 at 12:22 am MYT
This month: 26 at 07-06-2010 02:20 am MYT
This year: 39 at 02-26-2010 11:49 pm MYT
All time: 39 at 02-26-2010 11:49 pm MYT