Blog Kumbang-Kumbang Bertenggek Riang
Plan Hujung Minggu.
Hujung minggu datang lagi. Seperti biasa beberapa perancangan bagi menghabiskan masa lapang bersama erica akan di blueprintkan. Minggu ini agak kesuntukan masa kerana Sabtu ini aku kerja, dan ada testing di luar ofis yang semestinya akan mengambil masa lebih dari sepatutnya. Maksudnya aku akan kerja lebih masa secara sukarela pada hari Sabtu ini. So, sabtu plan malam tengok AF(wah…terlebey sudah…) dan ahad adalah hari dating bersama erica. Aku menjenguk-jenguk sebarang event yang menarik, mecari gig-gig yang mentarek hati dan akhirnya aku ketemu sesuatu yang dekat dan menarek.
Ahad ini ada IU Day, yang bermaksud International Understanding Days dianjurkan oleh pelajar-pelajar sebuah sekolah di US, Subang. IU Day ini aku ketahui dari neys yang juga antara orang kuat event ini. Antara isi kandungan event ini ialah ada band performances, booth dan art gallery, dan film screeening and poetry. Oh ya, poetry, Miss Fynn kurasakan akan perform tetapi akan ku konfemkan kabar tanah ini kemudian. Tapi masalahnya, tiket untuk masuk ini event kena booked awal dan bayar awal or di hari kejadian. Cuma tiada tiket dijual di tempat kejadian di hari kejadian. So, sila lah hubungi neys di nombor tertera untuk sebarang pertanyaan.
p/s – Aku mungkin akan kesana, dan aku perlukan partner in crime untuk smua kerja tak masuk akal aku ini. Buat mende ni kena teman…baru masyukkk!!!!
| Print article | This entry was posted by OmarBahrin on April 24, 2008 at 10:32 am, and is filed under Event, Fhotografi. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |

about 3 years ago
kat Subang ke? adeh..jauh nyoo….aku duk ampang..xtau jalan..ahaha