Blog Kumbang-Kumbang Bertenggek Riang
Archive for May, 2008
Hari ini …
May 29th

Aku masih bizi seperti biasa, tengah dalam proses menyiapkan kerja-kerja fhotoku yang tertangguh. 2 event lepas iaitu persandingan Helmi + Tirah dan pertunangan Judo + Hanie. Maaf ek kepada klien-klienku atas kelewatan ini. Judo, sorry ek lambat sedikit…InsyaAllah minggu depan akan di hantar ke tuannya. Helmi, kau juga…dan kawan-kawan lain yang menanti fhoto-fhoto persandingan Helmi + Tirah dan pertunangan Judo + Hanie diharap bersabar.
Dalam masa itu, aku juga masih sempat menyiapkan galeri FotoDesign, terima kasih pada PixelPost kerana menyediakan CMS yang menarik walaupun tidak secanggih Flickrku itu.
Hilang Di Hujung Minggu
May 26th


Yosh, tender ketama sudah selesai, walaupun aku tidak terlibat secara langsung dan direct dengan tender ini tapi ini tender pertama sejak yg terakhir. Wah… ayat pon sudah berbelit-belit.. Dah lama aku tak berkeletah disini secara berpanjangan. Semua entry aku kebelakangan ini hanya entry yang pendek berserta fhoto yang sedikit sebanyak mengkaver penulisan aku yang semakin ketandusan idea. Sebabnya dulu aku sering mencoretkan perkara-perkara berkaitan diri aku yang dalam blog aku ini. Sekarang aku hanya mencoretkan perkara-perkara kecil, peristiwa yang aku lalui sehari-hari. Bukannya rintihan atau pun luahan hidupku.
3 minggu ini adalah antara minggu aku yang paling sebuk tetapi sangat bererti. Phototravel ke Tumpat merupakan satu pengalaman yang memang tak dapat dilupakan. Bertemu dengan beberapa member baru yang boleh dikatakan serasi da sekepala dan juga sekamera. Diharapkan mereka-mereka ini akan sentiasa berhubung dan berterusan berkongsi ilmu bersama aku yang lemah dan pemalas ini. Photostreet baru-baru ini juga membuka lembaran baru kerana inilah photostreet pertama aku. Sedikit sebanyak gelagat warga kota dapat dirakamkan sempena 24hrsKL. Terima kasih cikgu disiplin encik bun atas segala tunjuk ajar dan belanja makan itu.
Fhoto sekitar diatas di sekitar Tumpat
Tahniah, Kawan!
May 12th


Sabtu dan Ahad lepas, 2 event penting berlangsung. Helmy dan tirah melangsungkan perkahwinan, dan ahadnya Judo pula bertunang bersama chenta hatinya Hanie. Semua sila ucapkan tahniah…
. Terima kasih kepada Helmy dan Judo kerana mempercayai diriku ini untuk mengambil fhoto anda sempena hari berbahgia ini wakakakakak….
Piss to the world!!!
Bizi melanda lagi.
May 9th

Canon EOS 400D, 1/50, F5, Focal Length 171mm, ISO-1600 waa..nampak noise.. :p .
Minggu ini dan minggu lepas, aku kembali bizi. Bizi dengan tender, bizi ngan hidup, bizi ngan hobi. Ramai kawan-kawanku ke kepulauan-kepulauan. Aku ingin juga tapi tak berkesempatan.
Mengharapkan company trip yang aku akan cadangkan ke Tioman. Doa-doakan satu dua tenderku sangkut, murah rezeki. Tadi baru tiba dirumah mengerjakan satu tender. Satu tender yang menarik dan memenatkan. Pagi nanti mahu ke Putrajaya menghadiri taklimat tender, huh keletihan ini. Aku dapat rasakan aku akan tertidur di taklimat itu.
Sabtu ini aku mencutikan diri mahu menghadiri majlis persandingan Nor Helmy Effendi (bukan Helmy Firdaus ya..) dengan Syatirah. Ahad ada majlis pertunangan pula, client dirahsiakan demi keselamatan dalam diri. Tunggu fhoto-fhoto menjelang hari Isnin :p .
Komen Terkini