Bizi melanda lagi.

Canon EOS 400D, 1/50, F5, Focal Length 171mm, ISO-1600 waa..nampak noise.. :p .
Minggu ini dan minggu lepas, aku kembali bizi. Bizi dengan tender, bizi ngan hidup, bizi ngan hobi. Ramai kawan-kawanku ke kepulauan-kepulauan. Aku ingin juga tapi tak berkesempatan.
Mengharapkan company trip yang aku akan cadangkan ke Tioman. Doa-doakan satu dua tenderku sangkut, murah rezeki. Tadi baru tiba dirumah mengerjakan satu tender. Satu tender yang menarik dan memenatkan. Pagi nanti mahu ke Putrajaya menghadiri taklimat tender, huh keletihan ini. Aku dapat rasakan aku akan tertidur di taklimat itu.
Sabtu ini aku mencutikan diri mahu menghadiri majlis persandingan Nor Helmy Effendi (bukan Helmy Firdaus ya..) dengan Syatirah. Ahad ada majlis pertunangan pula, client dirahsiakan demi keselamatan dalam diri. Tunggu fhoto-fhoto menjelang hari Isnin :p .
This entry was posted on Friday, May 9th, 2008 at 3:24 am and is filed under Event, Fhotografi. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.



