Blog Kumbang-Kumbang Bertenggek Riang
Archive for June, 2008
KLue Urbanscapes 2008
Jun 25th
Disaat post ini dikarang, countdown untuk urbanscapes ialah “03 Days, 12 Hours, 08 Minutes, 38 Seconds“yang akan berlansung pada Sabtu ini 28 Jun 2008 pukul 1pm. Esok cadangnya di waktu tengahari aku akan ke Jalan Bukit Bintang, KLue opis untuk mengambil 2 tiket complimentary atas sumbangan aku ke atas Projek 24HourKL. Akan bertemu Buttet dan Buntalshoot disana insyaAllah bersama-sama menyerbu opis KLue untuk tiket yang berharga lebih RM50 itu.
Ahad lepas aku ke GTJapan untuk pertama kalinya, dan juga pertama kalinya memasuki Sepang International Circuit (SIC). Sedikit teruja kerana awal-awal lagi telah membayangkan GT Babes / GT Queen yang kawaii. Sungguh HOT GTJapan walaupun cuaca mendung-mendung terik sedikit. Kali ini dengan kehebatan jentera-jentera yang sungguh laju teknik panning digunakan secara berleluasa untuk pertama kalinya. ‘Panning’ menurut Wikipedia :-
Panning refers to the horizontal movement or rotation of a film or video camera, or the scanning of a subject horizontally on video or a display device. Panning a camera results in a motion similar to that of someone shaking their head “no”.
Terjemahan : merujuk pada gerakan horizontal/melintang filem ataupun kamera video, atau pon mengimbas subjek secara horizontal/melintang pada video (Kamera). Secara ringkasnya teknik panning ni menurut pahaman aku, seorang fotographer amatur, gerakan kamera yang mengikut objek/subjek yang bergerak secara selari.
Sumber : Wikipedia.org
Sila ke FLICKRKU.

GT Japan in action !!!
Jun 23rd

Ahad lepas, satu lagi percaturan sememangnya aku jangkakan akan terjadi. Antara photoexercise dan GTJapan, aku terpaksa memilih GTJapan kerana tak pernah ke SIC langsung sebelum ini. Itupun terima kasih pada Helmilton atas tiket Main Grandstand yang bernilai RM0.00, PERCUMA. Lain kali ajaklah aku lagi ek wan, thanks. Beberapa orang GT Babes telah diupload utk santapan rohani rakan-rakan. Silalah ke Flickrku.
Sneak Preview : Siti & Hairul
Jun 18th

Sneak preview ya…Majlis yang berlangsung pada 7 Jun 2008 bertempat di Kampung Bindu, Batu Pahat… Sila klik SINI


Komen Terkini