Blog Kumbang-Kumbang Bertenggek Riang
Archive for July, 2008
PenangLicious!!!
Jul 25th

Sempena outing Photostreet di Pulau Pinang 20-21 Julai 2008. Terima kasih warga utara yang bersusah payah membantu kami disana. Korang datang sini pulak nnti kitorang bawa gi karaoke plak.
.
Layan street photo aku yang di jalankan disana, disini.

Upload Urbanscapes 2008 pics
Jul 14th

Yah, hari ni berjaya upload gambar-gambar yang diambil di Urbanscapes 2008. Belek-belek gambar-gambar tu, terfikir pula lama sudah tak mengambil gambar anak-anak muda yang buat live performance macam ni. Terlalu bizi gamaknya aku ini dengan hal-hal lain.
Hari ni kembali dari kampung, melihat keadaan ayahku yang 2 minggu lepas diserang sakit jantung hingga ke ICU. Sudah sehat namum masih memerlukan perhatian sepenuhnya. Kali ini aku meminta SLR filem, Yashica FX-7 milik ayahku untuk ditukar milik kepadaku dan sah, ianya milikku.
. Lepas ini mari berjinak-jinak dengan SLR filem dan tidak lupa juga LOMO Melissa
. Oh ya, Urbanscapes@Flickrku.

Hairul + Siti : 07062008
Jul 10th

EOS 400D, 1/2500, F3.5, ISO 800, 18mm, Adobe Photoshop CS3.
Gila bizi aku, berkepuk-kepuk koleksi gambar aku terperuk. Sebenarnya aku shorthanded dengan kawan-kawan sekerja yang makin packed dengan kerja masing-masing. Kerja rasmi aku yang sebenarnya RND dan development, tetapi sebenarnya semua benda akan di’cover’. Sama je, semua kawan-kawan sekerja yang lain. Aku berharap pasukan bantuan tiba, dan sekarang aku mencari seorang fresh graduate yang mampu menelan maki hamun, fastlearner, tahan tidur lewat malam. Oh, diploma atau degree dalam sains komputer (major in Software Engineering). Pendek kata, mampu buat C++ programming, PHP+MySQL, dan juga pengetahuan dalam Linux (boleh di ajar). Dan para diploma elektri Elektronik, sila apply juga advantage pada mereka yang fastlearner dan mampu membaiki komputer. Sila email resume ke fiza@diginets.com.my.
Terlebih dahulu ribuan ampun dan maaf pada Hairul + Siti yang sebenarnya lebih dikenali dengan panggilan Budin+Apai atas keterlambatan ini. Tahniah atas perkahwinan kamu yang sengaja dipilih bersamaan Hari Ulangtahun Lahirku yang ke-25 iaitu 7 Jun 2008. Lepas ini tiap-tiap tahun meraikanUlangtahun perkahwinan kamu sediakan hadiah Hari Lahirku sekali ya. Tahniah juga kepada Baliomegatron, sifooku dan idolaku kerana pertunangannya dengan Chenta pada Ahad lepas. Siri koleksi fhotoku bertambah, dari wedding Rahmat + Anis di kedua-dua belah pihak yang masih belum diproses, ditambah pula dengan fhoto Urbanscapes KL dan juga trip ke Cherating baru-baru ini. InsyaAllah akan diproses secepat mungkindan di pertontonkan fhoto-fhoto itu.
Oh ya, blog presiden Persetankan.com, FendyZaidan yang baru-baru ini mencetuskan satu fenomena dalam bidang fotografi terutamanya dalam Wedding Fotografi di Malaysia. Luahan rasa yang telah lama disimpan (tak habis-habis cerita kat aku) di luahkan dalam satu entri bertajuk “Kenapa Aku Anti WEDDING PHOTOGRAPHER…?“. Entri ini menarik ramai fotografer terutamanya Wedding Fotographer untuk memberi pandangan mereka terhadap isi entri tersebut. Malangnya para pengomen itu bertindak seperti pengecut kerana tidak berani memberikan URL atau alamat blog, fotopages, atau flickr mereka sendiri. Adakah mereka ini takut untuk menerima kritikan orang lain sekiranya hasil karya mereka di teliti? Sepatutnya, entri begini dibincangkan secaraberhemah dan berilmu, bukannya dengan hentam menghentam dengan menggunakan identiti samaran (anonimus) ataupun BOB(Hai, saya Bob. Saya Pro Photographer for wedding). Sememangnya luahan hati atau pandangan FendyZaidan bukannya semuanya betul, iyalah sebagai manusia bukannya Nostradamus peramal masa depan jadi mengapa tak kita bincang dan cari penyelesaian bersama-sama.
OK, kita abaikan seketika mengenai topik hot itu dan mari melayan fhoto-fhoto wedding aku ni. Hahaha, beck aku akan cuba improve kualiti dan aku akui, ianya belum lagi sesuatu yang boleh aku banggakan.

PENJELASAN DARI JOE KID-CARBURETOR DUNG
Jul 8th
Ahad lepas, kecoh dengan berita insiden yang terjadi di Stadium Kelana Jaya sempena Hari Protes Minyak 1,000,000 orang. Di bawah ini adalah penjelasan dari Joe Kid salah seorang ahli kumpulan Carburetor Dung yang turut berada di tempat kejadian.
PENJELASAN DARI JOE KID-CARBURETOR DUNG
Friends all, kami semua OK (Alak ada benjol sikit kat dahi). kami perlu berterima kasih pada pemuda-pemuda AMK (Angkatan Pemuda Keadilan – t-shirt biru) yang rata-rata marah tapi masih cuba sedaya-upaya menyelamatkan kami dari segerombolan pemuda-pemuda berbaju merah yang memang ready to rip us apart. With the help of AMK, we all managed to sneak out of the stadium (separately) after about 20 minutes being under siege.
The problem here is our song “Mari Nyanyi Menjilat”. Macam biasa, Alak did his exposing his underwear thing and of course dalam situasi panas tentang “liwat-meliwat” sekarang, aku rasa that gesture was misunderstood by the people there.
Some reports I saw also misquoted the title as “Liwat” instead of “Jilat”, so if some bloggers made the mistake, I’m sure a lot of the people in the stadium misunderstood too. So many took umbrage lah, thinking that we were making fun of Anwar. Actually I even explained to the crowd the gist of the song before we played it.
The thing is aku rasa Alak was in his “auto-pilot” mode. We have been playing that song for a long time and to a lot of people for years already and Alak have always been doing that to heighten the “satire”. The kids in the scene would get the joke all the time but we can’t expect the same from the public. That’s our mistake.
Anyways, apart from the guys in AMK, we also must thank Tom (Skitzofrenia) who shielded Alak from a lot blows, and in the process also got some benjol-benjol. Much thanks to Mad Yus (Apparatus), Poodien, Mirdza (Relationsheep), Black and many more who were there and helped out.
BTW; Mari Nyanyi Menjilat (not Mari Belajar Menjilat, as Malay Mail wrote) is about integrity or the lack of it; the mother of corruption…
Tolong sebarkan!!
p/s : aku dapat dari email Persetankan.com
Komen Terkini