Blog Kumbang-Kumbang Bertenggek Riang
Hairul + Siti : 07062008

EOS 400D, 1/2500, F3.5, ISO 800, 18mm, Adobe Photoshop CS3.
Gila bizi aku, berkepuk-kepuk koleksi gambar aku terperuk. Sebenarnya aku shorthanded dengan kawan-kawan sekerja yang makin packed dengan kerja masing-masing. Kerja rasmi aku yang sebenarnya RND dan development, tetapi sebenarnya semua benda akan di’cover’. Sama je, semua kawan-kawan sekerja yang lain. Aku berharap pasukan bantuan tiba, dan sekarang aku mencari seorang fresh graduate yang mampu menelan maki hamun, fastlearner, tahan tidur lewat malam. Oh, diploma atau degree dalam sains komputer (major in Software Engineering). Pendek kata, mampu buat C++ programming, PHP+MySQL, dan juga pengetahuan dalam Linux (boleh di ajar). Dan para diploma elektri Elektronik, sila apply juga advantage pada mereka yang fastlearner dan mampu membaiki komputer. Sila email resume ke fiza@diginets.com.my.
Terlebih dahulu ribuan ampun dan maaf pada Hairul + Siti yang sebenarnya lebih dikenali dengan panggilan Budin+Apai atas keterlambatan ini. Tahniah atas perkahwinan kamu yang sengaja dipilih bersamaan Hari Ulangtahun Lahirku yang ke-25 iaitu 7 Jun 2008. Lepas ini tiap-tiap tahun meraikanUlangtahun perkahwinan kamu sediakan hadiah Hari Lahirku sekali ya. Tahniah juga kepada Baliomegatron, sifooku dan idolaku kerana pertunangannya dengan Chenta pada Ahad lepas. Siri koleksi fhotoku bertambah, dari wedding Rahmat + Anis di kedua-dua belah pihak yang masih belum diproses, ditambah pula dengan fhoto Urbanscapes KL dan juga trip ke Cherating baru-baru ini. InsyaAllah akan diproses secepat mungkindan di pertontonkan fhoto-fhoto itu.
Oh ya, blog presiden Persetankan.com, FendyZaidan yang baru-baru ini mencetuskan satu fenomena dalam bidang fotografi terutamanya dalam Wedding Fotografi di Malaysia. Luahan rasa yang telah lama disimpan (tak habis-habis cerita kat aku) di luahkan dalam satu entri bertajuk “Kenapa Aku Anti WEDDING PHOTOGRAPHER…?“. Entri ini menarik ramai fotografer terutamanya Wedding Fotographer untuk memberi pandangan mereka terhadap isi entri tersebut. Malangnya para pengomen itu bertindak seperti pengecut kerana tidak berani memberikan URL atau alamat blog, fotopages, atau flickr mereka sendiri. Adakah mereka ini takut untuk menerima kritikan orang lain sekiranya hasil karya mereka di teliti? Sepatutnya, entri begini dibincangkan secaraberhemah dan berilmu, bukannya dengan hentam menghentam dengan menggunakan identiti samaran (anonimus) ataupun BOB(Hai, saya Bob. Saya Pro Photographer for wedding). Sememangnya luahan hati atau pandangan FendyZaidan bukannya semuanya betul, iyalah sebagai manusia bukannya Nostradamus peramal masa depan jadi mengapa tak kita bincang dan cari penyelesaian bersama-sama.
OK, kita abaikan seketika mengenai topik hot itu dan mari melayan fhoto-fhoto wedding aku ni. Hahaha, beck aku akan cuba improve kualiti dan aku akui, ianya belum lagi sesuatu yang boleh aku banggakan.

| Print article | This entry was posted by OmarBahrin on July 10, 2008 at 3:01 am, and is filed under Fhotografi, Kehidupan, ReaLiTy. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |
about 3 years ago
Bulan depan aku akan join shoot gambar wedding. Nantikan hasilnyaaaa. Aku lah wedding fotografer yang paling comel di Malaysia hahahaha.
about 3 years ago
uh.tngginye ISO~ hurm..
about 3 years ago
bali….aku akan nantikan…aku dpt rasakan aura manis bali sebagai tunangan mengshoot wedding..hahah
about 3 years ago
dean, iso tggi sbb ni awal pagi..kol 6-7pg..tggu sunrise…tak naik2…rupa2 awan tebal…dpt ini je aa..
about 3 years ago
i pun nak shoot wedding la… nak wat duit. beli rumah.
about 3 years ago
beli umah…beli kete…beli smua skali…ngeeeee~~