Entri yang pertama sejak beberapa minggu menyepi blog ini. Mungkin tanda-tanda blog ini akan berkubur, tapi domain dan hostingnya baru sahaja di perbaharui. Mungkin aku perlu menetapkan apa yang perlu ditulis pada blog ini. Apa yang terfikir dalam diri aku hanya memenuhkan entri-entri akan datang dengan ilmu-ilmu IT dan skrip-skrip kod pengatucaraan yang dicipta. Tujuannya hanya satu, supaya semua itu tidak hilang ditelan zaman dan semoga boleh membantu orang yang memerlukan.
Mungkin juga, topik-topik fotografi dan editing yang juga akan dimuatkan walaupun aku sebenarnya tak hebat dalam hal-hal begini. Aku cuma merujuk kepada sifu-sifu aku yang selama ini menginspirasikan aku dengan hasil-hasil kerjanya. Layout blog ini juga berubah, namun theme ini hanya untuk sementara. Masih belum puas hati dengan skala setiap kolumnya yang menyempitkan kolum utama.
better than mine. header tak tukar entah berapa abad dh. haha.. baca entry u ni buat i mau update header i la.
mmm sudah upgrade wp ke 2.6.2 hopefully pasni bole tweak theme plak… :p
bak kat butterfingers….bangkit!