Archive for October, 2008

huhu

Di celah desiran nafas itu

Sejak kebelakangan ini, aku kembali dihantui pelbagai persoalan yang memerlukan jawapan dan keputusan. Sedangkan sebenarnya semua ini telah lama berada di fikiran, cuma dahulu di ketepikan demi perkara lain. Sekarang persoalan perlu dijawab, keputusan perlu dibuat, atau bolehkah di simpan kembali semua ini di sudut hati paling jauh dan gelap itu? Semoga tiada siapa yang perasan atau mempersoalkannya kembali?Atau perlu dijawab sekarang, supaya ianya tidak berbolak balik di kemudian hari? Persoalan itu sebenarnya bukannya tiada jawapan untuknya, cuma sukar untuk diterima jawapannya.

Jawapan itu kadangkala mempunya seribu satu makna bagi seseorang itu, seringkali membawa makna gembira ataupun membawa perngertian sedih dan pilu. Oleh sebab inilah, soalan-soalan itu seringkali terbiar tanpa jawapan. Kerana takut akan apa yang mungkin dibawa oleh jawapan jujur itu. Tapi tiba pada suatu masa, jawapan ini perlu diberikan samada sedih atau gembira jawapan itu pada aku. Hendak atau tidak aku kena terima jawapan itu dan redha dengan ketentua Illahi. Apa yang boleh aku lakukan cuma berdoa kepadaNya, semoga setiap ketentuan, setiap kekecewaanku akan ada hikmah disebalik semua itu. Bila aku memikirkannya, alhammdullillah aku akan kembali tenang dan lega. Amin

Google ReaderGoogle+Blogger PostShare

Di Hujung Selekoh.

Baru menyelesaikan dan melansungkan Hari Bintang Jatuh, dan ianya amat memenatkan ditambah kerja-kerja harian. Terima kasih pada semua yang datang, dan saya minta maaf sekiranya terkasar bahasa dalam menjaga kaunter tiket. Teruskan menyokong kami dan insyaAllah Hari Bintang Jatuh ini akan bersambung lagi.

Kembali pada kehidupan, hampir 3 tahun rasanya aku di syarikat ini dan kebosanan melampaui batas. Mungkin tiba masanya untuk aku beralih arah. Tapi yang aku rasa sayang untuk tinggalkan syarikat ini, kerana potensi untuk syarikat ni dalam pasaran negara amat tinggi. Dan aku dapat segalah kelebihan yang mungkin aku tak dapat di tempat lain. Tak mengapa persoalan ini akan di bahaskan didalam fikiran aku sentiasa, dan semoga aku dapat keputusannya.

Sabtu ni ada reunion bagi alumni UMP, dan tu nama universiti aku selepas ditukar nama. Aku graduate dari UMP dibawah nama KUKTeM, Kolej Universiti Kejuruteraan dan Teknologi Malaysia. Masih lagi ragu-ragu dan berfikir samada mahu turut serta atau tidak reunion ini. Berlangsung di Kuantan, membuatkan aku teringin ke Teluk Cempedak lagi, melayan emosi yang agak terganggu kebelakangan ini.

Sekian… nanti jumpa di selekoh yang lain!

Google ReaderGoogle+Blogger PostShare
liyana

Kehadapan bintang jatuh

Kehadapan Bintang Jatuh,

Semoga awak sehat-sehat sentiasa,

Tiada apa yang lebih berharga buat saya selain kesihatan awak dan kegembiraan awak,

Seringkali saya berharap agar saya dapat menggembirakan awak dalam apa jua keadaan,

Tapi apakan daya saya cuma manusia biasa, tak lepas dari segala kelemahan dan kepincangan,

Kehadapan Bintang Jatuh,

Barangkali kehadiran saya dalam hidup awak meresahkan diri awak,

Mungkin keperihatinan saya pada awak membuatkan awak rasa terkongkong,

Bukan niat dihati ingin menganggu tetapi mungkin naluri memandu ke arah itu,

Apa yang mampu dilakukan, tegurlah saya jika saya melampaui batas,

Pandulah saya jika saya tersasar jauh,

Jangan tinggalkan saya terumbang ambing,

Kehadapan Bintang Jatuh,

Jika dengan pemergian saya, awak lebih gembira, itu yang saya akan lakukan,

Biarlah saya memandang awak dari jauh, merasai gembira awak dari jauh.

Asalkan awak sentiasa gembira setiap masa,

Harapan saya, semoga awak melupakan kepahitan dalam hidup awak,

Teruskan hidup awak, dan percayalah pasti akan ada orang yang menyayangi awak,

Mungkin lebih baik dari apa yang saya dapat berikan,

Kehadapan Bintang Jatuh,

Jatuhlah dengan sinaran yang asyik sekali,

Jangan takut untuk jatuh dan bangun berkali-kali,

Kebahgiaan itu pasti ada, cuma bayarannya kadangkala amat mahal.

Semoga awak gembira dan bahgia selalu.

©PK 1143 – 291008

p/s – gambar sekadar hiasan , Liyana Fizi

Google ReaderGoogle+Blogger PostShare

Bintang Jatuh Lagi

Sekarang ni tak banyak masa mahu menaip, so sekadar menyampaikan pesan. Siapa mahu tiket bintang sila call :D .

oleh Wani Ardy:

HARI BINTANG JATUH: THE SCHEDULE
25th OCTOBER 2008

12.00pm – INTRO
12.30pm – The Siblings
1.00pm – Shaira Amira
1.15pm – Captain G
1.45pm – Ray & Ash
2.15pm – Dianne Dayanna
2.30pm – The Fridays
3.00pm – Apple Juice
3.30pm – Wak Dol
3.45pm – Rashdan Harith
4.15pm – Rendra Zawawi
4.45pm – Ashraf Ishak
5.00pm – Ana Raffali
5.30pm – Liyana Fizi
6.00pm – Nona Cici Suleiman
6.15pm – Azmyl Yunor
7.00pm – BREAK
8.00pm – Rina S.
8.30pm – Zahiril Adzim
8.45pm – From Cadillac To Geisha
9.15pm – Bintang Batu
9.45pm – Fynn Jamal

Acoustic performance: maximum 30 minutes for each band/singer-songwriter (this includes setting up your instruments)

Poetry recital: maximum 15 minutes for each poet (this includes setting up your instruments – if there is any)

Sound check starts at 9.00am. We’ll provide you with 3 amps and 6 mics. This is strictly an acoustic show, so we don’t provide drums. You are allowed to bring your own drums (basic set only), percussion, rebana ubi, kompang orang kahwin, etc.

Google ReaderGoogle+Blogger PostShare
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes