Masa berlalu Hari Bintang Jatuh

Selamat Hari Raya…

On October 7, 2008, in Kehidupan, Umum, by OmarBahrin

Harap belum terlewat untuk mengucapkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri bagi rakan blogger, rakan fotografi, rakan belajar, dan semua yang membaca.Tangan dihulur maaf dipinta sekiranya di sepanjang perkenalan kita ini, tersentuh hati, tersilap kata, tersadung kaki, tercucuk mata, tertampar pipi/paha, terkuis jerawat, dan bermacam ter ter ter lagi.

Tahun ni berhari raya di kampung meriah sedikit berbanding tahun-tahun sebelum ini. Lebih ramai saudara-mara yang pulang untuk behari raya di kampung. Pakcik makcik yang sebelum ni jarang-jarang pulang pun, mengotakan janji untuk pulang berhari raya, walaupun ada yang lewat atas sebab kerja. Tahun ni kali pertama aku membayar zakat bagi diri aku dan keluarga aku yang sebelum ni abah aku yang membayarnya saban tahun.

Kembali selepas puasa dengan theme baru Firebug rekaan Blog Oh Blog. Sila lawati Blog Oh Blog! untuk mendownload beberapa lagi theme percuma yang menarik. Tema Firebug ini berlatarbelakangkan warna yang gelap tetapi berwarna warni dari segi font headernya. Ia juga tema yang sedia widget (widget ready) dengan dua sidebar dan di bahagian komentar di lengkapi dengan Gravatar. Tema ini sesuai untuk wordpress 2.6+ dan ia adalah dilindungi di bawah “Creative Commons License” yang percuma digunakan selagi kredit di footer tema ini tidak diubah.

Tagged with:
 

3 Responses to “Selamat Hari Raya…”

  1. mixterr says:

    Selamat HAri Raya Maaf Zahir & Batin..

  2. ikim says:

    samat ari raya yg ke-7
    hehehe~ oma! santek gilee aaa layout baru nih!!!
    mak sukee nookkk… thehehe~

  3. rasanu says:

    thn depan kena isi jem nenas byk lagi…tak cukup tu….

Leave a Reply



5 visitors online now
5 guests, 0 members
Max visitors today: 8 at 05:25 am MYT
This month: 17 at 09-01-2010 10:53 am MYT
This year: 41 at 08-18-2010 09:22 pm MYT
All time: 41 at 08-18-2010 09:22 pm MYT