
Ya, selepas selesai ibadah puasa, selama sebulan di bulan Ramadhan , Aidilfitri disambut dengan meriah serta gembira. Begitu juga majlis perkahwinan yang sebulan dicutikan secara rasmi pada bulan ramadhan. Terfikir juga siapa yang berani untuk memberi kelainan pada majlis perkahwinan iaitu mengadakan majlis perkahwinan pada bulan Ramadhan. Tiada salahnya membuat majlis perkahwinan di bulan Ramadhan atau puasa, cuma mungkin tidak sesuai kerana tiada jamuan di siang hari. Lagipun di bulan mulia, seharusnya dilaksanakan perkara-perkara ibadah.
Tahun ni mungkin bagi mereka yang lahir pada 1983 iaitu tahun yang sama kelahiran aku adalah tahun yang paling sesuai untuk melangsungkan perkahwinan. Antara faktor penyebab kerancakan perkahwinan pada mereka yang lahir tahun 1983 ialah kerana tahun ini mereka mencapai umur 25 tahun. Antara bulan-bulan yang menjadi pilihan ramai adalah pada bulan Mei, Jun, Julai, November dan Disember kerana ianya merupakan hari cuti sekolah. Ok kita refresh kembali,
03 Mei 2008 – Trah’s Wedding
10 Mei 2008 – Mie’s Wedding OB
30 Mei 2008 – Anis’s Wedd OB
7 Jun 2008 – Apai Wedding OB
14 Jun 2008 – Rahmat’s Wedd OB
15 Jun 2008 – Budin’s Wedding
11 Okt 2008 – Ieda N Min’s Wedding
dan bertambah-tambah lagi selepas raya ni : -
18 Okt 2008 – Ajak Shohib Nikah – OB
08 Nov 2008 – Dang Lela’s Wedding
22 Nov 2008 – Syah + Lina Nikah – OB
22 Nov 2008 – Lis’s Wedding
23 Nov 2008 – Lina+Syah Wedding – OB
29 Nov 2008 – Syah+Lina Wedding – OB
20 Dis 2008 – Norra’s Wedding
27 Dis 2008 – Sari Intan’s Wedding
27 Dis 2008 – Aida Abbas’s Wedding – OB
Kusut juga fikiran memikirkan, ramai kawan-kawan yang kahwin clash tarikh dengan member yang lain. Yang bertanda OB itu ialah majlis-majlis yang telah dan bakal menggunakan khidmat OB Photography. Setakat ini kebanyakkan yang menggunakan khidmat OB hanya rakan-rakan sahaja dan semoga pada masa akan datang lagi ramai lagi pelanggan OB. Semoga OB Photography semakin maju dan sukses seperti yang berlaku pada Fuzuri Design, amin!!! Cayok!