Blog Kumbang-Kumbang Bertenggek Riang
Nota : Setting Bulan
Okey, kali ni saje aku letak tip nak ambil gamba bulan yang aku selongkar di pelusuk internet ini. Sekadar mencari teori dan akan melakukan eksperimentasi kemudian hari. Sila komen kalau salah apa yang ditulis ini.
1. Pastikan anda menggunakan Manual Mode (M), jangan terfikir nak pakai setting auto, TV = Apperture(canon), S = Apperture(Nikon) dan lain-lain. Kena biasakan diri dengan menggunakan setting Manual Mode ini. Bukan mereka yang pro-pro sahaja yang menggunakan setting ini.
2. Sila gunakan tele lens yang minimanya 200mm atau 300mm atau 400mm lebih baik. Jika menggunakan kit lens biasa 18-55mm, kemungkinan bulan itu kelihatan seperti titik bulat putih sahaja. Lainla jika bulan dan bumi tu jaraknya dekat sahaja
.
3. Anda juga mungkin memerlukan tripod dan kemungkinan juga tak payah. Mengapa tak payah menggunakan tripod?nanti akan terjawab persoalan ini.
4. Setting yang digunakan sebenarnya sama seperti setting mengambil gambar di waktu tengahari terik iaitu “Sunny F16″. ISO 100, 1/100sec, F16 inilah setting yang digunakan tetapi adalah di nasihatkan agar mencuba mengubah aperture antara F11-F16 dan begitu juga shutter speed 1/50sec ke 1/125sec.
p/s : Setting ini sekadar teori, eksperimentasi akan dijalankan dan keputusan dan hasil akan di pamerkan kemudian.
| Print article | This entry was posted by OmarBahrin on November 13, 2008 at 3:18 pm, and is filed under Fhotografi. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |
Comments
Powered by Facebook Comments