Archive for December, 2008

Selamat Jalan 2008!

Well sudah di hari akhir, tahun 2008. Semakin hari aku rasakan hari makin laju dihitung, minggu makin laju berlalu, bulan berganti-ganti denga cepatnya, tup-tup dah sampai dihujung tahun. Seperti biasa dihujung tahun, semua berkira-kira mahu melafazkan azam baru, ada yang menganalisa azam 2008 tercapai atau tidak? bagi aku azam tu tidak penting untuk di lafazkan tiap tahun kerana aku dah tetapkan azam sepanjang hidup aku merangkumi hala tuju hidup aku. Cuma di suatu ketika lencongan-lencongan hidup perlu dilakukan, namum masih menuju matlamat yang satu.

Tahun ni, ramai rakan-rakan baik yang rapat mahupun yang jauh-jauh, sudah settle down . Ya, mereka sudah mencapai azam mereka tahun 2008, ramai yang berkahwin, bertunang dan mempunyai zuriat yang comel-comel belaka. Rasanya tak tersenarai kamu yang sedang bahgia sekarang ini, so sesiapa yang membaca entry ni da merasakan kamu di puncak bahagia, ya aku berkata tentang kamu semua. Semoga sentiasa bahagia, sentiasa berjaya di hidup kamu semua.

Sesiapa yang merasakan tahun 2008 ni adalah tahun yang gelap, muram, pudar dan sebagainya, anggap sahaja ini asam garam kehidupan. Di sebalik semua yang gelap-gelap pasti ada cahaya yang menerangi akhirnya. Semua ada hikmah, cuma kita perlu percaya setiap yang berlaku ada sebab-sebab yang sepatutnya.

2008, karier hidup aku makin mencapah-capah, perlukan aku tumpukan ke arah yang satu?

.

.

.

SELAMAT DATANG 2009!!!

Google ReaderGoogle+Blogger PostShare

Teknologi : Belum Decide

Hari ni byk keje… so nnti baru update bila da clear nnti :P ada cadangan nk review pasal teknologi apa?teknologi nuklear?internet?hahaa…

Google ReaderGoogle+Blogger PostShare

Ringkasan:Hari Minggu Di Zoo dan Rantai Revelation

Yeah, perancangan kurang menjadi. Sabtu selepas kerja, bajet mahu ke rantai dan ke pcfair. Kehilangan kunci moto dan pencarian yang memakan masa 2-3 jam menyebabkan mood aku hilang dan sudahnya kembali ke rumah selepas pukul 3 dari opis.

Ahadnya, seawal pagi bergerak ke Zoo Negara setelah lawatan terakhir aku ke sini adalah ketika berumur 4 tahun. Wah! sudah 22 tahun tak pergi ke sini. Outing zoo FMDC ini disertai 8 orang termasuk aku dengan peserta tunggal Melissa Wong. Bermacam gelagat dan peristiwa menarik terjadi termasuk ada orang kena hembus dengan gajah. Tamat kira-kira pukul 1 ptg dan lunch di McD area situ. Hujan lebat dan selepas hujan lebat aku bergerak ke RANtaI di red bungalow.

Tiba disana berjumpa dengan shukor, wani, surie, baem, aen, ika, acit, fadza dan ramai lagi. Wani ardy perform kat dalam banglo kerana hujan dan kemudian kami lepak sehingga pukul 10 mlm.  :D

p/s – nak siapkan 3 album ni utk minggu ni shj….wooohhh kerja berat nih!!!

Google ReaderGoogle+Blogger PostShare
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes