Blog Kumbang-Kumbang Bertenggek Riang
Filem Review : Los Dan Faun


Minggu lepas rasanya, aku dan rakan pergi melihat karya terbaru Afdlin Shauki salah seorang pengarah dan pelakon yang berkaliber iaitu Los Dan Faun.
Kisah berkisar tentang 2 pemuda yang baru sampai di KL dr kampung dalam usaha untuk mencari rezeki halal. Pencarian awal pekerjaan membawa 2 pemuda ini Carlos Rodriguez Gunting (los) dan Ahmad Faun (Faun) berkerja di sebuah kedai pakaian dalam. Los ini seperti romeo, gemar mentekel para perempuan jelitawan manakala si Faun pula seorang yang bijak dan amat detail kerjanya, juga tidak boleh menipu (jujur).
Semuanya bermula apabila tokei kedai pakaian dalam itu kehilangan ‘purse’ dan secara kebetulan Faun berjaya menemuinya semula setelah menganalisis keadaan sekeliling. Terbukti Faun mempunyai kebolehan untuk menganalisis secara teori dan logikal untuk mencari barang yang hilang. Dari ini Los mendapat idea untuk memulakan syarikat cari barang hilang. Populariti Los Dan Faun meningkat setelah menyelesaikan beberapa kes besar negara sehingga mendapat pengiktirafan Polis.
Satu kes iaitu kes kehilangan jam tangan Tuan Sofar yang berharga lebih kurang RM30juta gagal diselesaikan dengan mudah oleh Faun kerana terganggu dengan kejelitaan isteri Tuan Sofar(Erra Fazira). oh ya, ketika ini Tuan Sofar(Afdlin Shauki) sudah meninggal lemah jantung. Berjayakah mereka? sila masuk panggung… support filem melayu yang best camnih
. Gerenti gelak puas hati….
| Print article | This entry was posted by OmarBahrin on December 18, 2008 at 8:48 am, and is filed under Umum. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |

Comments
Powered by Facebook Comments