Filem Review : Los Dan Faun Edisi 32 – Tahun Lepas…

Selamat Jalan 2008!

On December 31, 2008, in Umum, by OmarBahrin

Well sudah di hari akhir, tahun 2008. Semakin hari aku rasakan hari makin laju dihitung, minggu makin laju berlalu, bulan berganti-ganti denga cepatnya, tup-tup dah sampai dihujung tahun. Seperti biasa dihujung tahun, semua berkira-kira mahu melafazkan azam baru, ada yang menganalisa azam 2008 tercapai atau tidak? bagi aku azam tu tidak penting untuk di lafazkan tiap tahun kerana aku dah tetapkan azam sepanjang hidup aku merangkumi hala tuju hidup aku. Cuma di suatu ketika lencongan-lencongan hidup perlu dilakukan, namum masih menuju matlamat yang satu.

Tahun ni, ramai rakan-rakan baik yang rapat mahupun yang jauh-jauh, sudah settle down . Ya, mereka sudah mencapai azam mereka tahun 2008, ramai yang berkahwin, bertunang dan mempunyai zuriat yang comel-comel belaka. Rasanya tak tersenarai kamu yang sedang bahgia sekarang ini, so sesiapa yang membaca entry ni da merasakan kamu di puncak bahagia, ya aku berkata tentang kamu semua. Semoga sentiasa bahagia, sentiasa berjaya di hidup kamu semua.

Sesiapa yang merasakan tahun 2008 ni adalah tahun yang gelap, muram, pudar dan sebagainya, anggap sahaja ini asam garam kehidupan. Di sebalik semua yang gelap-gelap pasti ada cahaya yang menerangi akhirnya. Semua ada hikmah, cuma kita perlu percaya setiap yang berlaku ada sebab-sebab yang sepatutnya.

2008, karier hidup aku makin mencapah-capah, perlukan aku tumpukan ke arah yang satu?

.

.

.

SELAMAT DATANG 2009!!!

 

Leave a Reply



5 visitors online now
5 guests, 0 members
Max visitors today: 8 at 05:25 am MYT
This month: 17 at 09-01-2010 10:53 am MYT
This year: 41 at 08-18-2010 09:22 pm MYT
All time: 41 at 08-18-2010 09:22 pm MYT