Selamat menyambut tahun baru 2009 dari Persetankan.com. Terlebih dahulu ampun dan maaf atas segala kesulitan yang timbul sejak kebelakangan ini. Layout baru persetankan.com masih dalam pembuatan, maaf kerana lewat menyiapkannya dan untuk memulakan tahun baru 2009 ini, kami memulakan tema baru di tahun baru ini dengan tema ” Tahun lepas…” .

“Tahun Lepas…” ini bertujuan menyingkap semula kisah-kisah, peristiwa-peristiwa yang berlaku pada tahun 2008 samada peristiwa manis ataupun pahit. Biasanya apabila tiba tahun baru, apa yang anda fikirkan adalah target tahun baru ini, azam tahun baru, apa yang hendak dicapai pada tahun baru ini, namum kali ini, persetankan.com membawa anda menyusuri liku-liku hidup di sepanjang 2008 yang telah berlalu.

Karya anda mungkin peristiwa manis, pahit, mungkin azam lepas yang telah tercapai, mungkin kegagalan yang bisa memberi 1001 pengajaran dan iktibar dan bermacam-macam lagi. Oh, jangan lupa! Selitkan caption anda untuk menerangkan lagi mesej karya anda itu. Terima kasih warga Persetankan.com.

SYARAT DAN REGULASI

1. Maksimum 5 fhoto bagi setiap kontributor.
2. Tidak memerlukan sebarang perkataan “Tahun Lepas…”.
3. MESTI meletakkan caption .
4. Pastikan gambar anda menepati tema “Tahun Lepas…” .
5. Fhoto adalah hitam putih (BNW).
6. Pastikan ianya hasil fhoto asli yakni yang ditangkap sendiri dan tiada plagiarism.
7. Sila Sertakan Tajuk Submisi anda yang bersesuaian dengan fhoto.
8. Sila sertakan URL blog, myspace atau friendster. (ini perlu, setiap submisi kena ada, syarat ini juga kepada oldtimer sebab admin malas nak carik link korang balik. penat).
9. Size fhoto ialah 400×300, 300×400, 450×300 atau 300×450 piksel.
10. Tidak dibenarkan menambah “Border” di tepi fhoto anda.
11. Minor editing iaitu seperti color balance, level, HDR dsb dibenarkan.
12. Jika menggunakan kamerafon, pastikan ianya 2 megapiksel ke atas.
13. Emailkan fhoto anda ke persetankan.fhoto@gmail.com

Comments

Powered by Facebook Comments