Dear kumbang-kumbang,
Pagi ini, dimulakan dengan hujan yang dengan tanpa rasa malunya menerpa ke muka bumi. Angin sepoi-sepoi bahasa mencuit-cuit dedaun pokok. Satu rahmat yang sungguh bermakna setelah semalam seharian bumi dipanasi cahaya terik mentari.
Disaat ini, aku di opis yang terletak di Subang Jaya sedang berfikir dan merancang aktiviti ronggeng untuk sepanjang hari. Beberapa tempat ronggeng kawan-kawan aku masih kosong, hasil dari kehujanan yang melanda. Seorang telah tewas, demam, sakit perut…terlantar. Semoga cepat sembuh Y(-____-)Y.
Mari kita kembali kerja, yeay. Oh, nanti sambung balik
