Yoss, lama tak hapdet. Well .. idea nk tulis ngarut panjang kat sini banyak. Sebab tiap-tiap hari banyak pengalaman baru, banyak karenah baru banyak peristiwa baru dan juga banyak tanggungjawab baru.

Sekarang ni berbekalkan sebiji laptop opis dan sekeping P1 Wimax, aku online dengan harapan di masa  lapang seperti sekanrang (konon-konon) bolehlah mengapdetkan blog ini. Secara rahsianya, aku tengah dalam proses penyempurnaan mengkonfigurasi pelayan(server) dan kamera(CCTV) di Pusat Sains Negara, Bukit Kiara. Secara jujurnya juga, aku mengaku tidak pernah menjejakkan diri di PSN ini. Maka secara rasmi ini kali pertama aku masuk ke PSN, dan yang menariknya tanpa perlu membayar tiket.(kontraktor beb..). So, dengan pemasangan sistem keselamatan(CCTV) ini, maka korang semua perlu hati-hati dan betulkan niat korang semua. OK. :D

So, seperti yang anda semua tahu atau tak tahu, Hari Bintang Jatuh 09 : 3 Venus (HBJ09:3V) telah tamat secara rasminya kira-kira 2 minggu lepas agaknya. Overall, event ini suksess dan berharap event yang akan datang juga akan di terima baik oleh orang ramai. :D

Esok, dijangkakan ada sedikit bedah siasat untuk HBJ09:3V, ala piknik dan acara sampingan tambahan yang suprise(konon-kononnya). Kemungkinan besar along tak hadir dan menyebabkan aku mungkin kena tumpang orang lain gamaknya.

Okey, mengenaik OBFOTO a.k.a OB Photography, alhamdulillah ada sedikit job terima kasih pada FUZURIDESIGN sekali lagi kerana peluang ini, majlis pertunangan Syaz & Anas. Juga pernikahan my best fren Wan Rajak bersama Intan Maizura. Semoga kedua pasangan berbahagia selalu.

So, hari ni cukup 5 hari di PSN ini, balik lambat, buat kerja, letih, baju tak berbasuh, busuk, takcukup tidur, dan macam-macam lagi. Adoillaa…bila mau abes????

Comments

Powered by Facebook Comments