Hari ini saya bosan

DSC_3963

Sekali lagi cuba menaip di blog kumbang nih, sedangkan kerja melambak-lambak gamaknya. Sejak akhir-akhir ini aku banyak berfikir. Fikir masa depan, fikir masa silam, fikir masa sekarang. Teringat zaman dulu-dulu seawal menapak dalam blogspot, tak ramai kawan blog lagi. Hasil dari dorongan along, aku mula menaip di edt83.blogspot.com. Dulu-dulu blog ni gunanya untuk melepaskan geram, meluahkan perasaan aku, samada marah, suka, cinta tensi smua kat sini berkubur. Sekarang aku fikir-fikir, blog aku ni bole dijadikan senjata untuk melawan aku balik. Tatau la kot-kot ada rahsia kerajaan yang aku bocorkan, ke rahsia peribadi aku ke terbocor time tengah-tengah emo tu.

Dulu rajin menaip di blog, melayar,merayau, menelek-nelek blog org lain. Memang masa tu rasa macam ramai giler kawan-kawan kat internet, update jeada orang komen. Tapi tu time belajar, macam banyak masa untuk menaip, sekarang ni macam takde masa kononnya untuk update blog ke hapa ke. Tapi sebenarnya mungkin ketepuan hidup dengan rutin harian yang membosankan. Sekaligus mempengaruhi minda dan perangai ~ malas~ .

Rasanya ramai juga rakan-rakan blog yang lain juga kecundang, hilang tanpa jejak, bertukar identiti baru dan macam-macam. Bole tak kalau azam tahun ni adalah memperbanyakkan post di blog berbanding tahun lepas. Oh yes, tahun 2009 cuma 35 post shj. Yeah! mari capai azam tahun ni, ahhahahah…

Yes, malam ni sila hapdet blog lagi ok. Chow! kumbang-kumbang smua… :D

 

Leave a Reply



7 visitors online now
7 guests, 0 members
Max visitors today: 22 at 01:22 am MYT
This month: 22 at 03-12-2010 01:22 am MYT
This year: 39 at 02-26-2010 11:49 pm MYT
All time: 39 at 02-26-2010 11:49 pm MYT