Sabtu yang cuti.

Sabtu ni sepatutnya aku bekerja seperti biasa, tapi oleh kerana semalam Maulidur Rasul secara otomatiknya hari ni semua nak cuti. Kesimpulannya, minggu depan santu kerjalah gamaknya mengganti hari ini. Perangcangan untuk hari ini sebenarnya ialah menyiapkan beberapa album yang mesti siap dengan berkurung dalam bilik ditemani ipod. Tapi malam tadi Kaplay baru mengingatkan yang malam ni Rina S ada show kat Lepaq Cafe. Jadinya hati berbelah bahagi, eh.. ke sepatutnya berbelah bagi???hahahaha. Hati ini berat untuk pergi bersuka ria sedangkan masih banyak perkara perlu dilakukan, tambahan lagi EPL Chelsea VS Manc City malam ini juga. Dengan ini aku mengumumkan, kemungkinan besar aku tak hadir di Lepaq Cafe malam ini.

Terbaca status Kerr dalam Facebook, membuatkan aku terfikir tentang pantai dan pasir yang sebelum ini memang sebati dengan diriku bila berkeadaan tertekan. Lebih 4 tahun, aku tinggal di kawasan yang di kelilingi pantai, iaitu Kuantan. Setahun, menjalani kursus matrikulasi dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia bertempat di Kolej Ikip di Kuantan. Aku ditempatkan di Ikip ini adalah pada waktu da ketika ini, belum wujud lagi kolej matrikulasi seperti yang sedia ada di Gambang pada waktu ini. Setahun di matrikulasi banyak memberi pengalaman hidup, pengajaran, kawan-kawan baru dan pelbagai lagi.

Pada awalnya, semua kami di matrik ni seolah2 emnganggap smuanya senang, sehinggakan kadang-kala ada antara kami dilabelkan sebagai pemegang kunci Megamall (Berjaya Megamall) pergi seawal Megamall baru dibuka, pulang ketika megamall hendak ditutup. Bagaimanapun setelah tamatnya exam semester satu, baru lah kami sedar dan tak main-main. Sudah tentunya pointer aku pon macam gampang, sekadar cukup-cukup makan shj. Tapi aku bersyukur, sekuat mana stress, tension atau apapun, disini Teluk Chempedak (TC) adalah pengubat segalanya. Sekiranya busan dengan TC, boleh ke pantai Balok, atau Cherating, atau ke Tanjung Lumpur untuk makan ikan bakar dengan lazat sekali. Biasanya perkara-perkara macam ni biasanya terjadi bila duit elaun matriks da masuk. hehe.

bersambung….

 

Leave a Reply



5 visitors online now
5 guests, 0 members
Max visitors today: 5 at 12:00 am MYT
This month: 26 at 07-06-2010 02:20 am MYT
This year: 39 at 02-26-2010 11:49 pm MYT
All time: 39 at 02-26-2010 11:49 pm MYT