Dear Kumbang Api, 2 Mac 2010 – 10.21pagi
Hari ni bangun lewat… kiranya bangun saja jam sudah menunjukkan pukul 8.50pagi. Ternyata keletihan membuat album kahwin malam tadi bercampur kegelisahan tidur betul-betul meletihkan tubuhku. Aku bangun dan terus membasahkan diriku dengan air yang aku sangkakan sepatutnya sejuk, tapi dengan keadaan cuaca yang panas sejak akhir-akhir ini air tangki ini juga terjejas kesejukannya. Tiba-tiba aku terkenang air kolah yang sejuk di kampung tempat kedua ibubapa aku tinggal sekarang. Selesai sahaja mandi, aku bergegas ke hadapan komputer dan menyemak beberapa aplikasi di Facebook. Menyelesaikan beberapa urusan tak rasmi di Facebook, kemudian aku bersiap dan bergegas ke pejabat. Berpakaian kasual, t-shirt warna coklat cerah berbelang-belang di dada nampak sangat ringkas dan tidak seperti pekerja pejabat yang lain.
Perjalanan ke pejabat mengambil masa kira-kira 15-20 minit dalam keadaan sedar dan mahu lekas sampai, ataupun 20-30 minit, dalam keadaan mamai dan malas nak sampai. AKhirnya tiba di pejabat kira-kira pukul 9.40pagi, 40 minit lewat dari yang sepatutnya dan terus ke Restoren Omok. Kata hati “Alang-alang lewat, apa kata kita singgah Omok dulu, beli minuman dan makanan”. Selesai urusan di Restoren Omok, naik ke pejabat dan terus ke tempat duduk. Sekarang pukul 10.32 pagi, menaip jurnal harian ini dan belum bersarapan lagi. Ok, mahu bersarapan sebentar, insyaAllah nanti sambung jurnal ini.