Hi kumbang,

Hari ini matahari bersinar seperti biasa,

Bersinar tegar, memancar cahaya terus ke hati kumbangku,

Terasa bahang panas terus ke hatiku,

Semoga hati ini terus kuat, dan terus menyembuh sendiri.

Selepas hampir doblas jam kau memancar sinar,

Tiba masa munculnya malam,

Kau seolah berundur memberi muka pada si bulan,

Seisi alam mengejek tawa atas kelakuan kau,

Tapi apa yang mereka tahu?

Berundur bukan bermaksud kalah,

Mara bukan bermakna menang,

Kau berundur, tapi yang pastinya bukan menyorok takut,

Kau menerikkan suasana di sebelah yang lagi satu,

Menunggu masa menghalau si malam,

Mengherdik si bulan yang tak malu meminjam sinarmu,

Kini, kau muncul lagi.

Sama.

Terik.

Kuat.

Comments

Powered by Facebook Comments