Archive for January, 2011

Pagi Sabtu

Okey, pagi sabtu 22 Jan 2011. Sunyi kot sebab orang lain tak kerja rasanya. Tambah-tambah lagi Khamis lepas baru Thaipusam maybe ada yang ambil cuti hari Jumaat membawa ke Ahad cutinya. Aku ambil cuti Jumaat pon takde gunanya sebab Sabtu kerja, Huh… dah 4 tahun lebih kot kerja Sabtu kecuali Sabtu pertama dan ketiga. Bos aku tak penat kot asyik kerja je, ye lah maybe bagi dia kerja tu bermakna duit company dia masuk, kuat lagi kerja lagi banyak masuk kan? Tapi bagi aku, kerja banyak ke, macam biasa ke, OT ke?24jam kerja ke? sama aje dihujung bulan, dapat gaji yang sama nilai seperti bulan-bulan lepas yang tak berapa nak banyak lah.

Okey, cukup dah tu merapu pasal kerja. Sekarang ni dalam proses revival satu blog yang suatu masa dulu banyak mengenalkan aku pada beberapa orang yang aku dengan bangga mengaku saudara, adik-beradik. ya, PERSETANKAN yang dahulunya berdiri atas platform www.persetankan.com dan kini bernaung bawah domain www.prstnkn.com. Masih lagi mengekalkan konsep yang sama memberikan peluang kita semua untuk mengekpresikan isi hati masing-masing mengikut tema yang diberikan. Buat masa sekarang PRSTNKN masih lagi dalam proses pengubahsuaian dari segi layout dan design. Dijangkakan PRSTNKN akan beroperasi sepenuhnya menjelang Febuari 2o11. Terima kasih kepada semua yang masih menyokong PRSTNKN sehingga kini.

Okey, www.waniardy.com pula dalam proses menambah beberapa function yang baru iaitu button like dan share untuk sosial network. Buat masa sekarang semuanya berjalan lancar. Oh ya, WNRD juga kini dilengkapi iklan dari Nuffnang, sesiapa yang singgah tu jangan lupa kliklah iklan-iklan itu terima kasih.

Oh, dijangkakan 2011 ni OBFHoto Design akan memulakan kembali langkah yang tersekat tahun lepas dengan bantuan FuzuriDesign. Jadi, nantikanlah pekej-pekej baru kami.

Google ReaderGoogle+Blogger PostShare
DSC_0835

Update Ringkas

currently working on…upgrading..

1. http://www.prstnkn.com
2. http://www.waniardy.com
3. http://www.omarbahrin.com

Google ReaderGoogle+Blogger PostShare
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes