Hai Kumbang Api,
Semalam, hari kedua berpuasa dan aku merasakan semalam merupakan antara hari penuh dugaan aku. Tapi nasibbaiklah dapat dihadapi sampai ke akhir tanpa menibulkan perkara-perkara yang tak menyenangkan.
Ok checklist insiden semalam :
- Awal-awal pagi ke Pusat Sains Negara pi refocus kamera cctv. Ni ok lagi, tang satu biji kat rooftop tu yang bikin panas tu. Bukan hati panas tapi seluruh badan, dan kebetulan cuaca semalam superhot pulak tak pasal-pasal sun-tanning atas rooftop tu.
- On the way balik ke opis pulak, panas berbahang-bahang… sampai je kt opis 2-3 mende kena setel. Masa-masa camni dedua server rosak, ada error, time2 ni aa dedua contact aku minta solution. Tu ok lagi minta solutions… ni yang minta explanation ni ape kes plak?aku ke pergi merosakkan?da nak rosak nk buat camne?
- Disebabkan di Pusat Sains Negara tadi ada masalah yang agak pelik, aku sampai pkol 2.30ptg baru gerak balik ke opis, then baru teringat blom bank in duit utk mak. haih… balik umah kol 4.30 kelam kabut gi bank smua, kawan yg mula2 plan nak ke bazaar ramadhan da beli lauk n naik atas tanpa bermesej memberitau aku dahulu.
Kesimpulannyaa, masih banyak cobaan yang bakal mendatang
Hi kumbang,
Hari ini matahari bersinar seperti biasa,
Bersinar tegar, memancar cahaya terus ke hati kumbangku,
Terasa bahang panas terus ke hatiku,
Semoga hati ini terus kuat, dan terus menyembuh sendiri.
Selepas hampir doblas jam kau memancar sinar,
Tiba masa munculnya malam,
Kau seolah berundur memberi muka pada si bulan,
Seisi alam mengejek tawa atas kelakuan kau,
Tapi apa yang mereka tahu?
Berundur bukan bermaksud kalah,
Mara bukan bermakna menang,
Kau berundur, tapi yang pastinya bukan menyorok takut,
Kau menerikkan suasana di sebelah yang lagi satu,
Menunggu masa menghalau si malam,
Mengherdik si bulan yang tak malu meminjam sinarmu,
Kini, kau muncul lagi.
Sama.
Terik.
Kuat.
Hai Kumbang api, Hari ni Jumaaat, hari yg biasanya paling malas nk bekerja bagi semua orang. Termasuk aku, walaupun kadang-kala sabtu esoknya aku kena kerja gak. Petang ni balik kampung lagi, sbb ada wedding kt kampung pada hari ahad ni. So, semua event kt KL, Shah Alam dan kawasan sekitarnya tak mampu di hadiri. Resepsi perkahwinan minggu ni adalah kesinambungan majlis minggu lepas. Kedua-dua indivdu ini adalah kawan aku di sekolah menengah, walaupun lama da mengakhiri zaman sekolah menengah aku tetap berubung dengan Kaps, setiap kali balik kampung, setiap kali ada masa di Kelana or Shah Alam. Minggu ni juga dirumahkan bagaikan reunion kecil bagi hampir semua adik-beradikku, riuh rendahlah rumah nampaknya minggu ni. Kena cari cara nak kasi semangat update blog cam dulu-dulu, tapikan siapa je ada baca pon

Dear Kumbang Api,
aku balik kampung malam ni insyaAllah.
moga-moga sekembalinya aku dari kampung nanti akan lega kepala ini. Hati dah tak meronta-ronta lagi, tapi aku dapat bayangkan tak banyak bezanya
Semoga aku memperoleh ketenangan Amin!
See you all on monday ok !