OmarBahrin

This user hasn't shared any biographical information

Homepage: http://www.omarbahrin.com


Posts by OmarBahrin

NAFAS ’11 – Karya Dioksida

Sabtu lepas berlangsungnya event anjuran kami di Shah Alam buat julung-julung kalinya. Walau berbagai halangan dan bermacam jenis kesusahan melanda alhamdulillah event ni berjaya di langsungkan walaupun bermula agak lewat :) .

Ribuan terima kasih pada semua krew yang sama-sama mengerah tenaga dan idea untuk menjayakan NAFAS. Korang semua terbaik dan aku tak teragak-agak untuk berkerjasama dengan korg lagi. Terima kasih berjuta-juta pula untuk para performer yang sanggup datang untuk menjayakan NAFAS ini. Maaflah sekiranya ada tersalah kata atau ada perbuatan kami yang menyinggung semua, segala kekurangan itu kami berjanji akan cuba sedaya upaya untuk memperbaikinya di masa akan datang.

 

InsyaAllah kita jumpa lagi di  masa akan datang dalam NAFAS. Terima kasih…

 

Google ReaderGoogle+Blogger PostShare

Hikmah

Pada zaman sekarang ini smua perkara kalau boleh dilakukan dengan senang pasti ramai yang gembira tak terhingga. Rasa sekarang ni, seperti masa tak cukup untuk buat segala-galanya. Aku mula perasan masa sekarang berlangsung begitu pantas, atas sebab-sebab logik tertentu aku merasakan ini adalah efek selepas gempa bumi dan tsunami di Jepun. Tapi itu mungkin perasaan aku sahaja, hurmm.. kumbang-kumbang api semua, aku da lama tak mengarut mengikut perasaan semata kat sini dan mungkin hari ini aku akan menulis ikut hati dan perasaan sahaja.

 

Ketika ini pukul 4.25pm di opisku SS15, Subang Jaya.

 

Baru sahaja menerima modem baru dari P1 Wimax, memandangkan aku antara pelanggan terawal P1 ni kot, tapi aku merasakan sebab kontrak 2 tahun aku telah tamat dengan P1 lalu dihadiahkan modem baru supaya aku terus kekal sebagai pelanggan :) .

 

Emosi tatkala ini seperti cuaca di luar ketika ini, hujan lebat… maknanya emosi tengah sejuk…dan bakal beku. Bila emosi beku, tak ada apa yang dapat ditampilkan lagi. Kekerapan mengupdate blog ini juga seringkali dikaitkan dengan kondisi si pemiliknya, buat masa sekarang pemiliknya seolah-olah sibuk yang amat sehinggakan tidak mempunyai masa untuk mengupdate blog ini. Masa yang ada sekarang ini dihabisnya mengikut kawan-kawan si pemilik blog menghiburkan para peminat seni. Tetapi macam biasa ianya sekadar alasan semata.

 

Ok, satu fakta yang ingin direncanakan ketika ini supaya dalam 10 tahun akan datang peristiwa ini akan diingati. Tahun 2011 ini bukanlah antara tahun tercemerlang si pemilik blog, permulaan yang agak kurang hajar atas beberapa kesilapan anggapan dan kesilapan sendiri. Tetapi dengan adanya kawan-kawan lama, baru yang seolah-olah satu family telah memberikan beberapa moment terbaik 2011 sehingga tarikh post ini ditulis.Terima kasih atas memori suprise birthday party yang pemilik blog pertama kali rasai. Terima kasih si penculik Ermie, Izni dan Bella, si perancang yang pemilik blog rasa tau siapa walaupun tak ada siapa yang beritahu Wani ardy dan syafiq, dan kawan-kawan lain yang sudi hadir walau bersusah payah Along, Jay Farhana, Carlos Nizam, Dosh Roslan, Adi Wafi, Syukri Borhan, Dion, Syai, Cici, Heza Epul dan alin serta tak lupa Ali dan iera, azreel azhar dan along zunaira. “Thanks korang semua, korang terbaik” itu yang pemilik blog mahu katakan.

 

Dalam rangkap waktu yang sama pemilik blog bertemu seseorang yang sangat beliau kagumi, atas apa yang telah dilaluinya selama ini. Satu-satunya ironlady yang saya kagumi..ok masa da habis untuk bercerita…nak balik umah sat..

 

to be continue….

Google ReaderGoogle+Blogger PostShare

Apa yang tertinggal

Yeah, meh aku taip sebaris dua kata. Banyak event yg aku pergi tapi tak hapdet, so aku da simpulkan lepas ni blog ni akan menceritakan susasana dan keadaan setiap event yang aku pergi melalui gambar2 yang aku snap tak kesahlah aku snap ramai awek cun ke hapa so aku akan hapdet.

 

So, event 1st yang akan aku hapdet ialah even Akar vs Kukubesi, yang sangat berjaya , sangat meletihkan dan sangat menyeronokkan. So aku akan update post akan datang dengan gambar2 dari event tersebut. Event seterusnya ialah event semalam Perhimpunan 1Juta Belia, walaupun aku hanya lepak kat Lorong Seni je, so aku akan cover just kt area Lorong Seni sahaja :P tak larat doe nk layan semua tempat.

 

So chill ok… kumbang2 semua :P kbai!

Google ReaderGoogle+Blogger PostShare

Events On May 2011

Wah lama giler tak hapdet sini, bahahaha sebenarnya selalu lupa nk update apa2, tapi sekarang ni rasa-rasa memang kena update selalu lah, kalau tak mesti senang nak lupa perkara-perkara menarik yang berlaku.

 

so ini list May 2011 yang kemungkinan besar aku akan hadiri :-

Time
Friday at 8:00pm – May 14 at 12:00am

Location
Laman Budaya, Shah Alam

AKAR kembali lagi pada bulan Mei…Tema pada kali ini ialah ‘IBU’….

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 0133850944 (syai) atau 0172040420 (cici)..jgn sms atau misscall..mmg takkan dilayan..ehhehe mekaseh!

jgn lupa!dtg berbaju kurung,atau berkain pelikat atau berkain batik dan menutup aurat!jgn seksi2!..sleeveless2, sluar pendek sgt tidak digalakkan sebenarnye!

dtg awal kol 6 atau 7 pun cun..bleh tambah pahala hari jumaat tu dgn bergotong-royong dgn kami..ehhehe..

barisan pendokong AKAR berLIMA ‘untuk mu IBU’
(13 Mei 2011)

gurindam jiwa:
1. acid hadi & band, azreel azhar
2. najho
3. gloria
4. (syukri borhan/kerusi sepi/ermie) open mic
5. (wani ardy/fynn jamal) open mic

lontaran kata:
1. komunis puitis
2. fahmee
3. mk farhan

sudut gantung:
1. Chapters Images & Friends

 

——————–

 

Time
Saturday, May 21 · 8:30am – 9:00pm

Location
Galeri Seni Shah Alam

INSYA ALLAH, akan menjadi sejarah didalam dunia penggiat seni Malaya…satu rencana yang akan meninggalkan kesan yang abadi…Pameran karya fotografik dan juga fotografi, art installation, art booth, art movement, art people, art day…Dijangka 3000 belia akan berkumpul di hari kejadian…AKAR akn tetap menemani dan bersedia bergurindam jiwa, melontar kata buat semua pengunjung…

AYUH..! kumpulkan semua anggota dan pejuang-pejuang seni merata, kita gegarkan galeri seni shah alam kerana serumpun kita bersatu dan dengan bahasa kita sekata…

Selaku penganjur bersama, AKAR, dengan sukacitanya ingin membuka penyertaan kepada penggiat-penggiat seni yang sudi berkongsi karya bersama kami di slot GURINDAM JIWA dan LONTARAN KATA…kami juga akan membuka penyertaan untuk ruangan jualan, sukarelawan LAKSAMANA BUNYI-BUNYIAN dan juga sukarelawan acara…

Ada yang berminat ??? boleh tinggalkan pesanan kalian disini atau boleh berhubung terus dengan : 013-3850944 (syai)

Gurindam Jiwa : lulus..!

1. pesawat
2. adzim
3. muhibbah
4. monalyssa
5. wani ardy

Gurindam Jiwa : harap diperkenankan..!

1. otam
2. azreel azhar
3. acid hadi
4. gloria
5. syukri borhan
6. tri
7. pendekar bambu
8. paradoksband

Lontaran Kata : lulus..!

1. kerusi sepi
2. honey bie
3. bro bob

Lontaran Kata : harap diperkenankan..!

1. fynn jamal
2. komunis puitis
3. dhaima
4. bob cincinsuasa
5. petak

 

ok jumpe kat sana ok :)

 

Google ReaderGoogle+Blogger PostShare
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes