Blog Kumbang-Kumbang Bertenggek Riang
Filem
Review Filem : 127 Hours
Jan 26th
Hey ho, baru terbangun tidur so macam takde kerja lain rasa nk update blog plak. Ok, kali ni nk kongsi dengan kumbang-kumbang semua pasal satu cerita ini yang agak hebat lah. 127 Hours merupakan sebuah filem biografi adventure yang ditulis bersama dan diarahkan oleh Danny Boyle. Filem ini dibintangi James Franco sebagai seorang pemanjat gunung Aron Ralston, yang terperangkap disebabkan sebuah batu besar di Robbers Roost, Utah, selama lebih dari 5 hari pada 2003.
127 Hours ini sebenarnya adalah cerita benar berdasarkan pengalaman Aron Ralston yang hebat dalam usaha untuk menyelamatkan dirinya setelah sebuah batu besar jatuh dan menghempap tangannya dan memerangkap dia di Canyonlands National Park di Utah. Saksikan filem ini untuk menyaksikan segala usaha yang dilakukan oleh Aron Ralston untuk menyelamatkan dirinya. So check the trailer…
Source : imdb , rottentomatoes ,youtube
Review Filem : The Cutting Edge 3, Chasing The Dream
Dec 10th
Hai, mulanya era baru blog aku ini dimana setiap hari ade kategori gaya penulisan dan ini mungkin bermaksud blog ini akan diupdate setiap hari kecuali diberitahu sebaliknya. Hari ini Rabu, aku menulis tentang hiburan, filem, tentang review filem yang aku tonton.
Filem minggu ini bertajuk The Cutting Edge 3 : Chasing The Dream
Pengarah :Stuart Gillard
Lakon Layar :Randall M. Badat
Penceritaan :Susan Estelle Jansen
Tarikh :16 March 2008 (USA)
Pelakon : Matt Lantern (Zack Conroy), Fracia Raisa (Alejandro Deldago)
Nampaknya ini adalah sekuel ketiga ataupun mungkin pembuatan semula ketiga kerana aku tak tengok yang pertama dan kedua. Filem pertamanya The Cutting Edge merupakan edisi original yang asli dan dikatakan edisi kedua teruk dan untuk yang ketiga ini 3 1/2 bintang diberikan oleh aku setelah aku melihatnya 2-3 kali
. Kisah tentang seorang peluncur ais yang terpaksa bertukar pasangan kerana pasanganya sebelum ini tercedera. Matt Lantern berlakon sebagai Zack Conroy yang merupakan antara peluncur ais yang bagus berpasangan dengan Celeste (Sarah Godon). Dalam persediaan untuk menghadapi kejohanan dunia, semasa latihan Celeste dan Zack kemalangan dan menyebabkan pergelangan kaki Celeste retak dan memerlukan masa yang panjang untuk pulih.
Sebagai alternatif, Zack dicadangkan untuk berpasangan dengan peluncur ais perempuan yang lain. Pada masa inilah munculnya Alejandra Delgado, pemain hoki ais yang cantik, lincah dan pantas dalam bermain hoki ais. Walaupun begitu, jurulatihnya tidak bersetuju dan akhirnya berhenti melatih Zack dan ini membuatkan Zack mencari jurulatih baru Jackie Dorsey yang merupakan bekas juara Ice Skating. Dalam latihan demi latihan, bibit-bibit cinta mula terbit dan ini memudahkan mereka berlatih bersama-sama kerana saling memahami antara satu sama lain.
Walaupun begitu untuk memenuhi impian mereka mencapai emas, mereka perlu berlatih satu teknik yang dinamakan The Deadly Pamchencko Jump yang mana hanya pernah diperlihatkan sekali dan menyebabkan kemalangan yang teruk pada peluncur itu. Kesudahannya Lu Pikirlah Sendiri!
Kredit : IMDb

Komen Terkini